Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 26 April 2014

Tun Dr Mahathir Mohamed - Tiada beza Obama dengan pemimpin dunia lain

KUALA LUMPUR - Kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama ke negara ini terus menjadi perbualan hangat dan dikaitkan dengan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang masih lagi dalam perbincangan.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menyifatkan manfaat kedatangan Obama ke negara ini tiada beza dengan pemimpin dunia yang lain.

"Manfaatnya macam pemimpin-pemimpin lain juga. Baru-baru ini Presiden China... kita seronoklah orang datang. Tak ada beza," katanya kepada pemberita selepas merasmikan buku 'Saya, SPR dan Pilihan Raya' di dewan pameran Kumpulan Media Karangkraf di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Ketika dibangkitkan dakwaan kedatangan Obama dikaitkan dengan persetujuan perjanjian TPP, beliau menekankan bahawa AS perlu menghormati keputusan negara ini meskipun Malaysia sebuah negara kecil seumpama semut.

"Saya harap tak ada paksaan. Nak datang, datanglah. Kita negara kecil. Kalau orang besar datang, kita rasa kecil. Jadi, apabila kita takut dengan orang, kita tandatangan. Kitalah yang akan mengalami kerugian.

"Jadi, jangan ada paksaan. Kalau kita kata belum sampai masanya, hormatilah kita walaupun kita sebesar semut," katanya.

Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai tulisan terbaru dalam blog miliknya, beliau seakan menolak dakwaan bahawa artikel tersebut ditujukan buat pemerintah negara ini.

"Berkenaan penulisan saya dalam blog, tentang mereka yang berkuasa. Apabila cakap tentang pihak yang berkuasa, kita akan fikir berkenaan dengan kerajaan tapi semua orang ada kuasa termasuk pengundi... media.

"Semua orang berkuasa, yang saya desak adalah supaya semua orang yang berkuasa menggunakan kuasa itu dengan cara yang baik dan tidak menyalahgunakan kuasa," katanya.

Tiada ulasan: