Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 27 April 2014

Tak perlu tunggu lama keluar PR

Addmin pm menjangkakan PAS  tidak akan keluar dari Pakatan Pembangkang kerana mereka pastinya memilih keuntungan politik dari keuntungan Islam .Admin pm agak pelik tengok perangai para pemimpin melayu Islam didalam Pakatan dalam mereka sendiri yang memainkkan isu Hudud ini kemudian memalitkan kesalahan mereka kepada Umno

Malah beberapa berita di Sinar Harian hari ini menuduh kononnya Umno punca mereka sesama pakatan berkelahi.pelik melihat mereka ini Tidak Dapat membezakan Kepentingan Politik dan Kepentingan Islam.
ALOR GAJAH - Keluar daripada PR adalah jalan terbaik kepada Pas sekiranya  mahu melaksanakan hukum hudud.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Pas tidak perlu menunggu lebih lama untuk keluar daripada pakatan pembangkang itu.

“Itu adalah sebaik-baiknya jika keputusan mereka melaksanakan hudud tidak diterima DAP,” katanya.

Menurutnya, sekiranya Pas masih berpelukan dengan DAP dan PKR sebagai rakan dalam PR, ia hanya memudaratkan Pas sendiri.

"Ia juga akan menyebabkan sokongan orang Islam kepada Pas tercalar,” katanya dalam sidang media pada majlis perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Melaka di Durian Daun, Masjid Tanah, dekat sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, penganjur perhimpunan membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dijadualkan yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur 1 Mei ini tidak
menggunakan Akta Perhimpunan Aman (APA) sebagai alasan mengadakan perhimpunan.

Katanya, lokasi perhimpunan, iaitu Dataran Merdeka, kini diubahsuai dan pihak berkuasa sudah menasihatkan mereka tidak berada di kawasan berkenaan.

“Polis menyarankan supaya penganjur mengadakan perhimpunan itu di Stadium Merdeka dan mereka boleh mendapatkan kebenaran Perbadanan Nasional Berhad (PNB) untuk menggunakannya,” katanya.

Menurutnya, sekiranya pihak penganjur tidak berpuas hati mengenai apa-apa isu, boleh disuarakan pada perhimpunan di Stadium Merdeka.

“Nyatakan sekali alasan mengapa mereka tidak berpuas hati atau merasakan GST tidak sesuai.

“Bagaimanapun, saya nasihatkan mereka supaya patuh kepada syarat APA. Sebarang perkara yang melanggar syarat akan dikenakan tindakan," katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut mendedahkan pihaknya menerima maklumat mengenai rancangan penculikan di Sabah yang akan dilakukan ketika pesta air berlangsung di sana nanti.

“Mereka tidak menyasarkan tempat tersebut sebaliknya menumpukan tempat yang tidak dijangka polis, tentera dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

“Rancangan mereka juga bukan sekadar menculik tetapi menceroboh kawasan itu,” katanya.

Berikutan itu, beliau berharap perkara tersebut diserahkan kepada pihak berkuasa.SH

Tiada ulasan: