Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 23 April 2014

PEMILIHAN PKR : ANGGOTA PKR CABANG K SELANGOR KESAL SESAMA AHLI MEMBUAT UGUTAN TELEFON ?

KUALA SELANGOR - Kenyataan dan perbualan telefon berbaur ugutan menimbulkan pelbagai persepsi negatif dalam kalangan anggota PKR Cabang Kuala Selangor termasuk di peringkat Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan wanita.

Calon Ketua AMK Cabang Kuala Selangor, D Thalapathy, 34, menyifatkan perbualan telefon yang berbaur ugutan, tawaran dan pelucutan jawatan ternyata menyalahi etika pemilihan parti.

Menurutnya, pihaknya juga terkejut apabila meneliti perbualan yang disiarkan dalam internet secara meluas sehingga boleh menjejaskan imej parti menjelang pemilihan tidak lama lagi.

“Sebagai anggota parti yang mengamalkan sistem demokrasi, kami kurang senang dan takut dengan ugutan itu untuk menyatakan sokongan kepada pihak tertentu yang jelas ‘berkuasa’ sehingga sanggup melakukan pergaduhan dan memukul.

“Malah ugutan itu juga menjadikan kami tak berani nak keluar rumah untuk menjalankan kempen parti yang rancak dijalankan sekarang ini,” katanya.

Thalapathy menjelaskan, ugutan melalui panggilan telefon dan SMS itu bukan sahaja menakutkan calon yang bertanding bahkan menimbulkan kurang senang dalam kalangan anggota parti.

“Sepatutnya anggota dan calon diberi ruang untuk demokrasi seperti yang diamalkan dalam parti yang sememangnya menentang unsur berbaur rasuah, paksaan dan tawaran,” katanya.

Anggota PKR, Latifah Sulaiman, 50, berkata, sewajarnya ugutan, tawaran jawatan dan rasuah itu dihentikan serta merta supaya perjuangan adil dapat dilaksanakan seperti yang dilaungkan.

Menurutnya, anggota parti mengharapkan pucuk pimpinan mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu atau kumpulan yang terlibat supaya imej parti tidak lagi dicemari segelintir yang mabuk kuasa dan jawatan.

“Perkara ini harus dibendung dari awal sebelum merebak sehingga menyebabkan anggota parti, penyokong dan rakyat muak dan menjauhkan diri dari PKR dan Pakatan Rakyat itu sendiri.

“Atas sebab sayangkan parti, kami anggota cabang Kuala Selangor berharap suara ini diterima dengan hati terbuka demi keadilan yang menjadi slogan utama parti ini,” katanya.

Sementara itu, penyandang kerusi Ketua Wanita PKR Cabang Kuala Selangor, Marina Abdullah, 55, turut terkilan apabila ada pihak yang cuba mengeruhkan keadaan menjelang pemilihan PKR pada Mei nanti.

“Sepatutnya kita bertanding secara sihat demi keharmonian parti. Bagi saya yang bakal berdepan tiga penjuru pun tak kisah sebab masing-masing mempunyai peluang sama untuk bertanding.

“Bila insiden ini berlaku, ia bukan saja menjejaskan nama parti tapi juga menjejaskan nama MB sendiri meskipun beliau tidak mempunyai kaitan langsung mengenai perbualan terbabit,” katanya.
Catat Ulasan