Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 23 April 2014

OBAMA ELAK BERTEMU ANWAR MEMBUATKAN PKR MENDAPAT AIB ?

trio pkrApa hak PKR yang tampa segan silu menyatakan kekesalan berikutan ketiadaan rancangan presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama bertemu ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatannya ke Malaysia hujung minggu ini.
Pengarah strateginya Rafizi Ramli berkata, beliau telah bertemu pengarah Jabatan ASEAN dari Jabatan Negara AS minggu lalu di Kuala Lumpur.
Dalam pertemuan itu, katanya, beliau memberi “kenyataan keras” bahawa imej AS akan terjejas sekiranya “tidak mempertahankan keadilan” yang menjadi pegangan negara itu.
“Saya menjelaskan dengan tegas dan keras yang imej AS di mata rakyat Malaysia akan jatuh terutamanya di ketika ini,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya hari ini.
Rafizi bagaimanapun berkata, berkata parti itu tidak membuat sebarang permohonan rasmi untuk pertemuan itu.
Pentadbiran Obama sebelum ini mengumumkan pihaknya tidak merancang untuk bertemu dengan Anwar apabila berkunjung ke Kuala Lumpur pada Sabtu ini.
Obama menjadi presiden AS pertama melawat Malaysia dalam tempoh hampir setengah abad. Beliau akan disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Psssttt... berangan tak sudah............

Tiada ulasan: