Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 23 April 2014

N.Surendran jangan berlagak pandai menghasut Rakyat

N.Surendran cuba untuk mengorak langkah untuk membuktikan dia adalah seorang peguam yang hebat serta boleh menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada hukuman penjara 5 tahun yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu namun hakikatnya tiada apa yang nampaknya boleh di banggakan.

Dengan cubaannya berhujah mempertikaikan keputusan tiga orang Hakim Mahkamah Rayuan yang mensabitkan kesalahan Anwar Ibrahim di luar mahkamah dan dalam keadaan terbuka. Hujahnya bagaimanapun, tidak dikemukakan semasa perbicaraan Anwar Ibrahim sama ada dari tahun 2008 sehingga 2012 mahupun pada 6 sehingga 7 Mac lalu.

Apa yang cuba dipertikaikan oleh N. Surendran adalah kononnya panel hakim Mahkamah Rayuan tersebut terlepas pandang perkara penting iaitu, pertemuan Saiful Bukhari Azlan dengan Perdana Menteri, Najib Abdul Razak yang diatur DUA HARI SEBELUM 'kejadian' liwat berlaku.

N.Surendran juga mempertikaikan tentang pertukaran DNA pada barangan bukti apabila pegawai penyiasat dikatakan telah mengusiknya. Dengan kata lain, bukti DNA telah tercemar.

Walau bagaimanapun, perkara asas yang tidak diperkatakan oleh N.Surendran adalah, BAGAIMANA AIR MANI ANWAR IBRAHIM BOLEH BERADA DI DALAM JUBUR Saiful Bukhari Azlan. Bagaimana air mani itu boleh wujud dan kaedah kemasukannya ke dalam dubur Saiful Bukhari, tidak pernah dapat diterangkan oleh N.Surendran mahupun para peguambela Anwar Ibrahim yang lain, termasuklah Karpal Singh yang telah terbunuh dalam satu kemalangan lebuhraya tiga hari lepas.

N.Surendran yang cuba mendapatkan kontrak membela Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan nampaknya cuba mewujudkan persepsi undang-undang yang dipercayai dapat mempengaruhi panel Hakim Mahkamah Persekutuan pula. Anwar Ibrahim yang sepatutnya sudah dimasukkan ke dalam penjara dan pasport antarabangsanya ditarik balik, kini masih bebas dan hanya membayar sejumlah kecil bon jaminan walaupun pada tahun 2008, dia pernah cuba melarikan diri ke Turki menerusi suaka politik yang gagal.

Karpal Singh ketika terdesak dan tidak dapat memberikan hujah terbaik bagi membela Anwar Ibrahim menyatakan bahawa LIWAT SUKA SAMA SUKA berlaku antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari sekaligus cuba menimbulkan persepsi bahawa amalan suka sama suka itu mengatasi peruntukan undang-undang yang mengharamkan seks luar tabie di negara ini.



Nampaknya N.Surendran juga cuba menggunakan kaedah yang sama, manakala para pengikut dan pemercaya Pakatan Rakyat cuba MENJIJIKKAN sebarang ulasan berhubung amalan seks songsang Anwar Ibrahim dalam usaha mereka untuk menutup mulut masyarakat daripada memperkatakannya dan melihat Anwar Ibrahim sebagai makhluk keji yang mempunyai nafsu songsang.

Dalam keterangan bertulis panel Hakim Mahkamah Rayuan, sangat jelas diterangkan bahawa Anwar Ibrahim dan pasukan pembelanya, langsung tidak menghadirkan bukti untuk menyanggah tuduhan, sebaliknya sekadar membuat penafian dan kemudian cuba bermain politik semata-mata.

Tiada ulasan: