Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 3 April 2014

KARPAL LAHNATULLAH BERTEGAS LAGI MAHU KELANTAN TOLAK PERLAKSANAAN HUDUD


SIAPA KARPAL NAK LARANG UNDANG UNDANG HUDUD DI TEGAKKAN !!!


Peguam kanan Karpal Singh memberi AMARAN bahawa Parlimen tidak boleh membiarkan usul yang tidak mengikut undang-undang dikemukakan untuk membolehkan kerajaan Kelantan menguatkuasa hudud.
Beliau mendakwa KONONNYA, Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 itu sendiri diluluskan dengan tidak mengikut undang-undang kerana DUN Kelantan tiada bidang kuasa untuk meluluskan enakment tersebut.
“(Enakmen tersebut) pada awalnya tidak mengikut undang-undang. DUN tiada bidang kuasa untuk meluluskan enakment tersebut.
“Parlimen tidak boleh menguatkuasa enakmen yang tidak mengikut undang-undang yang diluluskan oleh DUN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, DAP tegas dengan pendirian menentang pelaksanaan hukum hudud (BODOH KAH ORANG PAS YANG MASIH MAHU BERSAMA DAP LAHNATULLAH YG TERANG2 MEMUSUHI HUDUD INI )dan tidak akan bertolak ansur dengan undang-undang yang menurutnya tidak sesuai dengan zaman ini dan pendirian tersebut juga menjadi bukti kepada kezahiran DAP, kata bekas pengerusi DAP itu lagi.

Admin pm rasa inilah masa yang sesuai Pas harus memikirkan untuk keluar dari Pakatan yang jelas merugikan Islam dan amat bersesuian kembali bersama sama Umno merangka kerjasama sesama umah untuk menegakkan hukum hudud ini
Kerajaan Kelantan dilaporkan akan menyiapkan rang undang-undang persendirian untuk dibentangkan di Parlimen tidak lama lagi bagi membuka jalan ke arah pelaksanaan undang-undang jenayah Islam hudud dan qisas di negeri itu selewat-lewatnya pada tahun depan.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Ahmad Yakob berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri pada Rabu sebagai menyambut baik kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bahawa kerajaan pusat sedia menyokong mana-mana negeri yang mahu menguatkuasakan undang-undang jenayah Islam.
“Kerajaan Negeri Kelantan sedia memberi jaminan bahawa sekiranya tiada halangan dari Kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada dua undang-undang persendirian ini dibentang dan diluluskan di Parlimen, Insha-Allah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 paling lewat akan berkuatkuasa di Kelantan pada tahun 2015,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat berkenaan.
Dua rang undang-undang yang akan dikemukakan ke Parlimen itu ialah pertama, kebenaran kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud dan qisas mengikut Artikel 76(A) Perlembagaan Persekutuan dan kedua, pindaan ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa) 1965 untuk bidang kuasa lebih luas kepada mahkamah syariah di Kelantan.
Bidang kuasa lebih luas itu akan membolehkan mahkamah berkenaan mengenakan hukuman sejajar dengan peruntukan hudud dan qisas dalam Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan yang diluluskan pada 1993.
Enakmen itu tidak dilaksanakan sehingga sekarang kerana dari segi undang-undang, kuasa pelaksanaan undang-undang jenayah bagi kesalahan-kesalahan yang terkandung dalam enakmen itu seperti hudud untuk mencuri dan merompak serta qisas untuk jenayah bunuh terletak pada kerajaan Persekutuan.
Jamil Khir dalam kenyataannya semasa menggulung usul titah ucapan Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat minggu lalu berkata kerajaan Persekutuan sedia untuk bersama menyokong sekiranya ada undang-undang persendirian berkaitan hudud dikemukakan di Parlimen

Persoalan yang timbul sekarang ialah mengapa kita masih belum mampu melaksanakannya dan jika Umat Islam gagal bersatu sesama kita dan di tambah lagi dengan perkongsian Pas bersama dap dan pkr nescaya undang undang hudud ini susah untuk direalisasikkan kerana

Imam Abdurrazzaq Ash-Shan'aani dalam Al-Mushannaf yang disandarkan kepada Umar Al-Khattab RA, kata beliau, "Tidak ada hukum hudud kecuali bagi orang yang mengetahui tentangnya."

Penerangan mufti Qatar (sebuah negara yg belum amalkan hudud) iaitu Syeikh Dr Al Qaradhawi bahawa hudud adalah kemuncak kepada seluruh sistem kehidupan Islam, yang pastinya dimulakan dengan Aqidah yang shahih.

Beliau berkata: "dasar [berkenaan perlaksanaan hudud ialah] tidak dilaksanakan [hukum] hudud melainkan apabila kita telah melaksanakan-seperti yang telah saya katakan-ajaran-ajaran Islam keseluruhannya yang berkaitan akidah, syariat, akhlak, tata susila dan nilai-nilai [murni], kita bangunkan masyarakat Islam, dalam keadaan ini, kita laksanakan [hukum] hudud".
(Rujuk : http://www.qaradawi.net/2010-02-23-09...)

apabila berbicara berkenaan hudud, ramai org cakap hudud ni hukum potong tangan, hukum rejam dan mcm2 hukum.. pdhal bukan mcm tu nak bagi manusia kenal hudud.. keindahan hukum hudud yg tidak diceritakan

dr maza kata PAS beri gambaran salah psl hudud: 
http://drmaza.com/home/?p=1624

cuba terangkan, mcm mana nak buat hudud? sedangkan samaada umno atau pas x cukup kerusi parlimen utk gubal/pinda perlembagaan negara.. jd kerajaan mana boleh gubal/pinda perlembagaan negara sesuka ati.. sbb dlm dewan rakyat ada kerajaan, ada pembgkang dan ada mcm2 parti..

apa yg umno ckp psl hudud sama sejibik dgn apa yg ahli parlimen pas dr.dzulkefly ckp, x caya tgk video penuhnya kat tvpas sini: 
umno dan pas masing2 x cukup 2/3 kerusi parlimen utk gubal/pinda perlembagaan jd hudud, jd camne nak buat hudud?
http://www.youtube.com/watch?v=Q-Qcpe...

sy sokong hudud tp PR ngaku hudud bukan agenda PR juga.. byk alasan d beri oleh mereka.. PR berjanji nak pertahankan perlembagaan sedia ada je.. nanti dah memerintah terikat pula dgn perjanjian dalam PR.. kat mlysia dua2 sama je x dpt buat hudud:

dulu PAS boleh la ckp nak hudud sbb dulu PAS x gabung dgn parti2 lain.. skrg bila dah gabung PAS sendri kata hudud bukan agendanya..

PAS dgn DAP dah bercerai lebih 3 kali tp boleh rujuk2 balik, tu yg pelik.. mula2 dlm APU, pastu cerai.. gabung lg dlm BA, cerai jugak.. skrg dlm PR plak.. 
akhirnya PAS sendri ngaku hudud bukan agenda PR:

http://www.youtube.com/watch?v=b6bk8z...

video penuh forum ulama' muda UMNO menerangkan hudud kepada chua soi lek & MCA.. bila PAS nak buat forum terangkan hudud pd DAP dan karpal pula?:
http://www.youtube.com/watch?v=DQ1mSp...

penerangan hudud ustaz khazan:
http://www.youtube.com/watch?v=D3vOEl...

penjelasan hudud antara pas dan umno di sidang DUN.. nampaknya terbukti hanya pas memutarbelit kenyataan kerajaan kononnya tidak mahu laksana hudud:
http://www.youtube.com/watch?v=graKlk...

dr maza nafi mahathir hina hudud setelah mendpt penjelasan dr tun sendri: 
http://drmaza.com/home/?p=1803

selain dr maza, ustaz kazim juga nafi mahathir hina hudud setelah mendpt penjelasan dr tun sendri:
http://www.anwaraidc.com/?p=27857

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
"Tidaklah seseorang menuduh kepada orang lain dengan tuduhan fasiq atau kafir (tolak Islam), melainkan akan kembali kepada yang menuduh sekiranya yang dituduh tadi tidak sebagaimana yang dituduhkan." (Muttafaqun 'alaih)
Catat Ulasan