Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 16 April 2014

Kaji semula pemberian air percuma di Selangor - Sandiwara ADUN DAP awas !!!

Yeo Bee Yin
Yeo Bee Yin
Tidaklah sebijak mana pun Pakatan Rakyat ini HENDAK menipu kita akhirnya kantoi juga kan !!!!

tengok sahajalah gelagat mereka apabila gagal mengurus air di Negeri Selangor,sudahlah kita dibebani dengan masaalah catuan air mereka cuba tambah derita Rakyat dengan kenaikan harga air pula

Sebelum ini seperti kita sedia maklum Kerajaan Negeri Selangor mempunyai duit simpanan yang terlalu banyak hasil dari bantuan Kerajaan pusat yang tidak digunakan dengan sebetulnya bagi memberi kemudahan kepada Rakyat contohnya Marris dana untuk memperbaiki kemudahan jalan yg hanya 30 peratus di gunakan !!! 

Persoalannya mana duit tu tak boleh kah mereka urus air tanpa nak tarik pemberian air percuma lagi pun percumanya bukan tak payah bayar pun cuma beberapa sen sahaja yg kurang dan bukan semua yang sepatutnya dapat merasa contohnya pengguna meter pukal

Bayangkan lubang sebesar dua pemeluk pun masih dibiarkan di Medan selera dataran Malawati Kuala selangor pun tidak di baiki langsung demi nak memuaskan poket gaji menteri dan exco2 negeri,,,

Mana pergi duit cukai perniagaan ,cukai pintu yang berlipat kali ganda tinggi terutama dalam cukai perniagaan aktiviti persundalan iaitu perniagaan rumah urut yang paling pesat sejak PKR memerintah negeri selama dua musim ini ??

Masih lagi mahu mengundi pakatan pada Pru14? pm ingatkan hanya yang bodoh malas berfikir penipuan terang terangan PKR di Selangor?cuba tengok kawasan anda di Selangor berapa banyak rumah urut baru di buka dan berapa banyak puasat judi siber di buka dan anda cuba bandingkan zaman BN memerintah adakah benda syaitan ini di kawasan Melayu ??
SHAH ALAM – Selepas empat tahun polisi pemberian air percuma dilakukan di Selangor, seorang Ahli Dewan Undangan Negeri daripada DAP meminta kerajaan negeri mengkaji semula pemberian air percuma kepada rakyat negeri ini yang dianggap satu dasar populis dan tidak bijaksana.
Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) berkata, pemberian air percuma juga dilihat tidak efisien dalam menguruskan air di negeri tersebut.
Menurut Bee Yin, dana RM1 bilion yang digunakan untuk melaksanakan polisi pemberian air percuma 20 meter padu bagi setiap rumah sejak 2008 sepatutnya dilaburkan kepada perbelanjaan modal (Capex) bagi menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) ketika ini yang berada pada kadar 35%.
“Penurunan NRW akan menurunkan permintaan air mentah, menjimatkan wang melalui pengurangan kos rawatan dan pengagihan air, selain mengawal tarif air,” katanya ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2014 dalam sidang Dewan Undangan Negeri di sini semalam.
Yeo berkata, jika empat tahun lalu kerajaan negeri membelanjakan peruntukan negeri untuk Capex dan membina lebih banyak projek Hybrid Off River Augmentatiom System (Horas),  beliau pecaya masalah air ketika ini mungkin tidak akan berlaku.
“Saya harap kerajaan negeri mengkaji semula sama ada perlu terus menggunakan 7% daripada hasil tahunan negeri untuk membiayai air percuma ini atau melabur dalam Capex.
“Kita sepatutnya mengutamakan jaminan bekalan air kepada rakyat terlebih dahulu sebelum mahu memberikan air percuma,” katanya.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menggulung perbahasan mengenai rang undang-undang perbekalan tambahan berkata kerajaan negeri akan membuat keputusan dalam masa terdekat sama ada hendak melanjutkan tempoh catuan air di negeri ini memandangkan kenaikan paras air di beberapa empangan.
Pelan catuan yang bermula sejak 2 Mac lepas melibatkan enam daerah iaitu Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
Kohhh kohhh koohhh punya Dap menyusahkan orang sahaja mengakupun PKR tu bodoh dalam mengurus air di Selangor yer tapi cadangan untuk menarik beberapa sen air percuma itu lagi satu kenyataan bodoh dari kamu sebab Selangor mempunyai Rezab tersimpan yang terlalu banyak takkan nak bagi gaji ko tinggi tinggi kerja malas tu? napa nak buat wayang konon gaji rendah ker Bro...kohhh kohhh kohhh...punya dap !!!

Khalid Ibrahim kelmarin bahawa kerajaan negeri Selangor akan memotong gaji Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalan Speaker yang dinaikkan bermula awal Januari lalu sehingga mencecah 373%, adalah sebenarnya satu sandiwara politik semata-mata.
Rakyat jangan tertipu sebab dari segi undang-undangnya, gaji Menteri Besar, Exco, Speaker dan Timbalannya  masih pada kadar semasa yang dinaikkan mencanak-mencanak itu.
Apa yang dilakukan Khalid ialah lebih kepada soal pentadbiran, iaitu gaji yang tinggi itu, dipotong sekian sekian peratus untuk dimasukkan ke dalam tabung MES – tabung yang rakyat Selangor sendiri tidak pasti untuk tujuan apa dan kemana wang dalam tabung ini disimpan atau dibelanjakan.
Senang cakap, wang rakyat masih mengalir keluar pada jumlah yang sama untuk membayar gaji Khalid, Exco, Speaker dan Timbalannya, cuma selepas itu dipotong untuk masuk dalam tabung yang tidak diketahui asal usulnya macam mana.
Tidak ada apa yang berubah.  Rakyat Selangor masih perlu membayar wang yang tinggi untuk hasil kerja yang tidak seberapa.
Malah, kalau dilihat semula jumlah pemotongan itu, Khalid, Exco, Speaker dan Timbalannya, boleh gelak sajalah sebab nampak sangat temberangnya.
Contoh macam gaji Khalid, sebelum kenaikan mencanak dapat RM14,176, selepas kenaikan mencanak dapat RM 29,550, selepas pemotongan yang diumumkan kelmarin, gaji Khalid kembali kepada gaji asal.
Sementara Exco, Speaker dan Timbalan Speaker yang terima kenaikan antara 231% hingga 373%, dipotong gaji mereka antara 23.81% sehingga 33.34% sahaja
Psttttt hanya yang bongok memperhambakan diri pada PKR parti anak beranak ini Sekian.....

Tiada ulasan: