Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 24 April 2014

DR MAZA DI KRITIK KERANA BERSEKONGKOL DENGAN PENCIPTA HADITH PALSU ?

Adakah DR Maza pembela mereka yang menjaja Hadith palsu ?benarkah dakwaan selain Anwar, Ustaz Azhar Idrus juga anatara tokoh terkenal yang menyebarkan hadith palsu dan videonya masih tersebar luas di youtube tapi Dr Maza masih senyum gembira dakwa sumber asal yang admin pm petik ini?jom baca cerita sahabat admin dan dengan rendah hati pm kongsikan ceritanya di bawah ini

Komen Abu Aqif: Ada yang bertanya kenapa saya tidak sertakan kenyataan penuh Dr Maza berkenaan teguran lemahnya atau boleh dikatakan teguran lemaunya kepada Anwar Ibrahim. Jika dilihat pada posting yang sebelum ini fokusnya adalah berkenaan Anwar Ibrahim mereka atau mengubah hadith Nabi sallallahu alaihi wasallam. Jadi, saya cuma menyertakan komen Dr Maza yang berkaitan sahaja.

Namun bukan sebab itu sahaja. Ada juga sebab lainnya. Saya ada sebab tersendiri. Satu di antaranya adalah kenyataan penuh Dr Maza itu adalah mengarut.

Saya mahu katakan kenyataan penuh Dr Maza itu adalah seperti sampah tapi takut ada yang akan melenting pula. Jadi, istilah mengarut mungkin agak sopan untuk pembaca yang akidahnya masih mengikut akidah Dr Maza.

Screen shot pertama ini adalah kenyataan penuh Dr Maza berkenaan isu mengubah hadith oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim:


Jangan terkejut. Belum apa² lagi beliau sudah melakukan kesilapan penulisan. Ejaan yang sebetulnya adalah 'tidak' bukan 'tindak'. Sekadar makluman Dr Maza mempunyai Ph.D dan kesalahan sebegini amat biasa untuk pemegang scroll Ph.D. seperti beliau. Bukan sekali dua. Sudah banyak kali. Kagum kan?

Pertama sekali, entah mengapa sebabnya Dr Maza seorang yang dikatakan outspoken, lantang dan kononnya neutral tiba² menjadi seorang yang penakut, bacul dan tidak amanah apabila malu² untuk menyatakan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah individu yang dimaksudkan yang telah mengubah hadith tersebut.

Namun jika isu yang diulas tidak berkaitan dengan kecenderungan politiknya, atau isu yang menguntungkan koceknya, Dr Maza mampu menyebut nama individu tersebut dengan jelas dan terang seumpama menggunakan 'camera flash' ketika matahari terik. Jangan ditanya kenapa.




Kedua, Dr Maza kerap meenggunakan ayat 'saya tidak tahu..' atau 'saya tidak pasti..' atau 'saya kurang pasti..'jika isu yang diulas dilihat seakan-akan mempertahankan tokoh² pembangkang. Dr Maza juga dilihat menggunakan ayat sebegini sekiranya ia akan memberi impak negatif kepada parti politik kecenderungan beliau, atau mungkin isu yang ingin diulas akan menganggu kantung koceknya. Atau mungkin saya pun tidak tahu mengapa (pinjam ayat Dr Maza).

Apakah Dr Maza tidak tahu bahawa sekarang sudah masuk tahun 2014. Segala info dihujung jari kita dan boleh didapati dengan hanya beberapa minit sahaja. Bagaimana beliau boleh berkata 'saya tidak pasti..' apabila sudah beribu-ribu orang melihat bukti video yang Anwar Ibrahim benar² mereka atau mengubah hadith tersebut seperti di atas. 

Dan yang menghairan, jika Dr Maza 'tidak pasti' bagaimana beliau boleh memberikan kenyataan? Bukankah perbuatan ini agak tidak beretika. Anda tidak tahu, anda tidak pasti lalu anda memberi komen. Adakah ini adab² dalam memberi komen atau memberi pendapat? 


Tapi jangan anda semua salah sangka. Bukan di setiap komen atau pandangan Dr Maza 'tidak tahu' atau 'tidak pasti'. Jika sesuatu isu menguntungkan dirinya, disaat itu Dr Maza akan menjadi orang yang paling tahu dan paling yakin dalam dunia. MasyaAllah. Bukankah ini ajaib. Seperti ada karamah gitu.


Ketiga, saya kurang pasti apa kaitan pemalsuan hadith yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim dengan ulama muda sebuah parti seperti yang dimaksudkan oleh Dr Maza. Di sinilah part yang paling bercelaru. Dr Maza memasukkan semua isu dalam ayat ini. Paling mengarut dan tidak tahu apa hala tuju penulisan ini. 

Isunya adalah pemalsuan hadith. Soal cara memahami hadith pula adalah isu yang lain. Apa kena mengenanya dengan harga barang naik dan pencatuan air dengan isu pemalsuan hadith? Beginikah penulisan pemegang scroll Ph.D.?

Saya cuma boleh tersenyum membaca tulisan bercelaru Dr Maza dan tidak sangka beliau boleh jadi sebegini rupa. (Hehehehe)

Keempat dan akhir sekali walaupun tulisan Dr Maza bercelaru teguran tetap diberikan kepada entah siapa (kerana tiada nama dinyatakan).

Nasihat saya untuk Dr Maza, janganlah takut untuk menegur Datuk Seri Anwar Ibrahim atau mana² tokoh pembangkang atau ustaz-ustaz pro pembangkang yang lain. Selain Anwar Ibrahim, ramai lagi ustaz-ustaz pembangkang yang masih menjaja hadith palsu.

Dr Maza, janganlah takut untuk menyatakan namanya seperti mana anda membalun-balun orang lain dengan menulis nama-nama mereka di wall-wall anda. Jangan bersikap hipokrit wahai Dr Maza. Bertaubatlah kamu dan berhentilah dari menjadi hipokrit.

Ustaz Azhar Idrus juga anatara tokoh terkenal yang menyebarkan hadith palsu dan videonya masih tersebar luas di youtube tapi Dr Maza masih senyum gembira

sumber : http://www.abuaqifstudio.com/2014/04/membedah-kaedah-penulisan-hipokrit.html?
Catat Ulasan