Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 16 April 2014

Catuan air: Terpulang kalau nak saman, tak gentar

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menghalang jika mana-mana pengguna berhasrat untuk menyaman kerajaan negeri berhubung catuan air.

Menurutnya, tindakan catuan air yang dijalankan kerajaan negeri di beberapa kawasan di Selangor adalah berdasarkan keadaan air semasa.

"Tak apa. Nak saman itu terpulang.

"... keputusan itu dibuat dibawah jawatankuasa yang diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri bersama pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan pihak berkuasa tempatan (PBT)," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Dewan Annexe, hari ini.

Sebelum ini, tinjauan TV3 mendapatkan reaksi pengguna di Selangor menyuarakan hasrat akan mengambil tindakan saman terhadap kerajaan negeri susulan kegagalan pengurusan air di negeri itu.

Beliau yang juga Adun Pelabuhan Klang berkata, pelan catuan air tersebut bagi memastikan kerajaan negeri dapat memberi khidmat air yang berterusan kepada pengguna.

Dalam pada itu, beliau memberitahu keputusan pemberhentian atau meneruskan catuan air bakal ditentukan minggu depan.

"Kalau nak teruskan (catuan air), mesti ada alasan dan kalau nak berhentikan, (perlu nyatakan) bila dan apa kriterianya.

"Air di empangan naik 1 peratus, jadi, ia belum lagi...tapi kita ada beberapa cadangan untuk selesaikan perkara ini. Saya akan nyatakan selepas perjumpaan itu Isnin atau Selasa depan," katanya.

Sementara itu, menyentuh soal perancangan untuk mengadakan sidang khas berhubung Projek Loji Rawatan Air Langat (Langat 2), beliau berkata sidang itu tidak akan mengubah kandungan perjanjian penstrukturan semula air yang telah dibuat.

"Perjanjian sudah dibuat tapi mereka (Adun) nak tahu sama ada apa yang kerajaan negeri lakukan itu munasabah atau tidak.

"Bila (sidang khas) itu kena tunggu rundingan perjanjian air selesai," katanya.

Menjawab soal dakwaan beberapa pihak bahawa beliau tidak telus dan membelakangkan mereka dalam urusan penstrukturan semula industri air, Abdul Khalid sempat menjawab sambil berseloroh.

"Oh...kalau nak bawa semua orang, satu lorilah," katanya.
Catat Ulasan