Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 27 Mac 2014

Raja Bomoh perlu taubat – Mufti Perak

imageMufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria meminta Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zain segera bertaubat dan berhenti daripada melakukan perkara-perkara khurafat yang akhirnya membawa cacian dan penghinaan.
Beliau berkata, Ibrahim menggunakan kaedah ilmu perbomohan baru-baru ini ketika proses mencari pesawat MH370 yang nyata mengelirukan serta bercanggah dengan hukum agama dan perbuatan syirik.
“Bomoh ini wajib bertaubat kerana ia tidak membawa ke mana-mana.
“Umat Islam perlu menjauhkan diri daripada amalan syirik dan perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah kerana ia mengundang kemurkaan ALLAH,” katanya selepas menyampaikan tauliah kepada 33 tenaga pengajar Islam, kelmarin.

Tiada ulasan: