Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 24 Mac 2014

MEJORITI MEROSOT NAMUN AZMIN TETAP YAKIN WAN AZIZAH MAMPU JADI MB KERANA PERPECAHAN DLM PKR SELANGOR ?

image
BANGI:Apa motif Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata yang beliau yakin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mampu menjadi Menteri Besar Selangor.

Azmin berkata, keyakinannya itu bersandarkan pengalaman Presiden PKR itu sebagai Ketua Pembangkang wanita pertama dalam sejarah politik negara, selain pernah menjadi Ahli Parlimen selama tiga penggal dan sebelum ini admin pm nak ingatkan perkara yang sama diwar war kan mereka pada Anwar jika menang.
Azmin seterusnya berkata bahawasanya dia yakin Wan Azizah mampu memikul tanggungjawab baru bersama ADUN di Selangor,”Azmin telah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di sini malam ini.
Apa yang nak dikatakan disini walaupun pm tengok Azmin begitu yakin akan tetapi berdasarkan situasi suami beliau yg di sabitkan Mahkamah bersalah maka amat tidak wajar beliau diangkat sebagai wakil calon ketua pembangkang wanita pertama kerana dalam menentukan dasar apa yang nak di bawa pastikan ada sedikit campur tangan Anwar dan seperti kita sedia maklum golongan seperti ini wajar pas memikirkan untuk menolak mereka kerana di bimbangi memimpin Umat 
Untuk apa mengambil individu yang di dapati bersalah dan harus diingat bila dah dibuang dari Umno tu mestilah bersebab jadi jika dia di kutip dan dikitar semula untuk apa semua tu jadi untuk mengelakkan campur tangan wan Azizah cukup pas sarankan Anwar dan keluarga nya bersara dari arena politik jika enggan pas harus mendesak Anwar bersumpah membersihkan nama beliau.
Sebenarnya memang di jangkakan saingan kali ini memang senget kerana nampaknya undi kaum cina makin bertambah  buat BN dan ini sedikit menjadi khabar gembira mejoriti yg dapat di kurangkan juga boleh dijadikan petanda akan kebangkitan rakyat yg menolak perjuangan pakatan yg kurang membuat kerja membantu rakyat Walaupun Wan Azizah seorang yang bernama besar tapi mejoriti mereka banyak hilang dan tak mustahil dari masa kesemasa akan berubah kerana kita sedia melihat janji2 mereka ni apakah akan tertunai selepas ini ada juga yg enggan turun mengundi kerana faktor tertentu atau muak dengan parti yg memperjuang keluarga ini dan ini hanya andaian pm sahaja.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang selepas calonnya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memperoleh undi 16,741 manakala calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun mendapat 11,362 undi.

Namun jumlah majoriti yang diperoleh PKR merosot apabila mendapat 5,379 undi berbanding 6,824 undi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 Mei tahun lalu.

Jumlah undi rosak pula sebanyak 176.

Tiada ulasan: