Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 24 Disember 2013

Video letupan di Danok


image
Danok (Thailand): Kerajaan Thailand mengesahkan tiada rakyat Malaysia mengalami kecederaan mahupun terbunuh dalam kejadian letupan bom, di sini, semalam.
Datuk Bandar Sumnukham, Kecha Benjakern berkata, seramai 27 mangsa yang cedera mendapatkan rawatan di Hospital Sadao, manakala dua lagi yang mengalami kecederaan serius sudah dihantar ke Hospital Hatyai untuk rawatan susulan.
Menurutnya, kawasan sekitar insiden letupan bom akan ditutup selama seminggu bagi membolehkan pihak berkuasa menjalankan pemeriksaan selain urusan pampasan insurans.
“Kerajaan Thailand akan memberi pampasan kepada semua mangsa yang cedera dan kejadian ini sememangnya di luar jangkaan.
“Kami berharap pelancong terutamanya rakyat Malaysia tidak perlu takut dengan keadaan itu memandangkan pihak kami sudah mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.
Pekan Danok antara tiga tempat digegarkan dengan letupan bom di selatan Thailand, semalam.
Sebelum itu, dua letupan berlaku di Balai Polis Padang Besar, Thailand dan di pekarangan Balai Polis Sadao, di Songkhla tetapi tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku melainkan kerosakan beberapa kenderaan.
Letupan bermula di hadapan Balai Polis Padang Besar, Thailand jam 11.30 pagi, disusuli letupan sama di dalam kawasan Balai Polis Sadao yang terletak 10 kilometer dari lokasi pertama.
Dalam dua kejadian berkenaan, letupan berpunca daripada motosikal yang diletakkan bahan letupan sebelum diletupkan menggunakan telefon bimbit.
Letupan ketiga berlaku di hadapan Hotel Oliver, Danok apabila bahan letupan dipasang pada kereta yang diletakkan di hadapan hotel tiga bintang berkenaan jam 1.45 tengah hari.

Tiada ulasan: