Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 26 Disember 2013

Bagaimana cara menegur Pemimpin berlandaskan tuntutan Agama .

Salah satu prinsip di dalam i’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah adalah mentaati dan menghormati pemerintah (pemimpin) di mana dia duduk di bawah kepimpinan atau kekuasaan pemerintah tersebut. Ini adalah sebagaimana yang telah dijelaskan melalui tulisan sebelumnya.

Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada:

1 - Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (ma’ruf), termasuk merealisasikan perintah mereka yang ma’ruf dan membantu mereka dalam urusan kebaikan yang diperlukan atau diperintahkan,

2 – Mengakui, menghormati, dan memuliakan kedudukan mereka sebagai pemimpin serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka,

3 - Tidak mentaati mereka dalam urusan atau perintah bermaksiat kepada Allah,

4 - Membenci maksiat yang mereka lakukan dan mengingkari keburukan yang mereka lakukan dengan cara nasihat dan kaedah-kaedah yang syar’i,

5 - Serta tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat kepembangkangan terhadap kepimpinan, dan tidak menghina atau mencela mereka walaupun mereka bertindak buruk dan zalim. Ini adalah selagi mana mereka masih tetap menegakkan syi'ar solat dan tidak dilihat padanya kafir bawaahan.

Mentaati Pemerintah Adalah Sebahagian Ciri Taqwa dan Tanda Ketaatan Kepada Allah serta Rasul-Nya

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَمَنْ يُطِعْ الْأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ يَعْصِ الْأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِي

“Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/114, no. 2737. Muslim, 9/364, no. 3417)-sambung rumusan bacaan di http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2013/05/bagaimana-ahlus-sunnah-wal-jamaah.html#.UsEYb_QW0_p

Saya benar-benar teruja dengan kenyataan terbaru bekas MB Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang menegaskan bahawa “Islam membenarkan rakyat menegur kerajaan”. Memang benar dan saya sangat setuju dengan kenyataan tersebut. Kerajaan bukannya “maqsum” seperti Nik Aziz, bukan?

Dalam kenyataan Nik Aziz itu, dia memberitahu wartawan Harakahdaily…
“Boleh dibuat, hendak berhimpun ke.. hendak berdoa ke.. atau naik sepanduk pun boleh. Negara demokrasi Islam membenarkan rakyat tegur kerajaan..”.

Memang boleh buat berhimpun. Tapi negara kita punya undang-undang dan perlu pohon permit terlebih dahulu untuk berhimpun. Kalau diluluskan, barulah boleh berhimpun. Tak tahu pula jika Nik Aziz tidak hormat pada “undang-undang himpunan” yang dipersetujui bersama sebelum ini, kan? Kenapa Nik Aziz tak jelaskan perkara ini?

Nak naik sepanduk pun boleh. Asalkan, sepanduk itu tidak berunsur hasutan, fitnah, kata-kata bohong, tidak benar, manipulasi jahat dan sebarang bentuk tulisan negatif yang penuh provokatif. Saya yakin, Islam juga melarang sepanduk seumpama itu, bukan? Kenapa Nik Aziz tak keluarkan garis panduan sepanduk sekali dalam kenyataannya?
Kata Nik Aziz lagi…
“Tidak boleh kita membisu, hak kita menegur. Hak orang besar mesti dengar..”
“Bebas macam mana mereka pun makhluk. Dunia yang kita duduk bukan hak kita, apabila mati kita akan disoal dalam kubur lagi”.

Malah Nik Aziz menambah bahawa ketika dia menjadi MB Kelantan, dia 24 jam hidup dalam keadaan gelisah dan bimbang percakapannya tidak kena pada pandangan rakyat…
“Sebab itulah percakapan, perbuatan, tingkat laku saya selalu beringat, takut-takut saya salah. Alhamdulillah kesilapan yang dilakukan saya ditegur dalam mesyuarat…“.
ScreenHunter_01 Dec. 30 02.57

Memang rakyat berhak menegur kerajaan. Tapi Islam menggariskan bahawa untuk menegur mana-mana pihak, maka ia perlu dilakukan dengan cara yang berhikmah dan bijaksana. Misalnya, cara kita menegur anak tidak sama dengan cara kita menegur isteri dan cara kita menegur isteri pula tidak sama dengan cara kita menegur ibu kita, bukan?

Jadi, samalah juga dengan cara menegur kerajaan. Kenapa teguran PAS terhadap kerajaan selalunya tidak dilayan? Sebab cara teguran PAS itu tidak ikhlas dan tidak kena pada cara atau tempatnya. Teguran PAS itu bukannya boleh diiktiraf dalam kategori “menegur”, sebaliknya lebih menjurus kepada memperlekeh, menghina, memfitnah dan bermotifkan kuasa politik!

Paling “manis”, Nik Aziz sendiri mengaku dia ditegur dengan cara yang berhikmah apabila setiap kesilapannya ditegur ketika di dalam mesyuarat! Maksudnya, Nik Aziz menggambarkan bahawa antara cara teguran terbaik terhadap kerajaan adalah secara tertutup di dalam “mesyuarat”, bukan?

Jadi, kenapa tidak tegur kerajaan di dalam syura? Kenapa berdolak-dalik dan beri pelbagai alasan bila UMNO ajak bersyura selepas PRU ke-13 tempohari? Sebab PAS sebenarnya tidak ikhlas untuk bersyura dan menegur BN, bukan? Dan PAS rela menegur UMNO dengan cara yang salah seperti demonstrasi dan keganasan di jalanraya..?
Jika benar Nik Aziz ikhlas dan bersuara berpandukan Islam sebenar, dia tidak akan restu anak-anak buahnya membuat kecoh di jalanan esok kerana itu bukan caranya untuk menegur kerajaan. Kalau benar pun mahu menegur, sila tegur dulu “kerajaan naik 400%”. Suruh anak-anak buahnya “turun”kan 400% itu terlebih dahulu…
Bak kata pepatah, “kuman di seberang laut Nik Aziz nampak, tapi 400% di depan mata dia buat-buat tak tahu” pulak… Wallahu’alam…
Catat Ulasan