Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 25 Disember 2013

UMCEDEL: Isu harga barang penentu PRU14

KUALA LUMPUR – Kenaikan harga barang, minyak dan tarif elektrik bakal menjadi penentu sama ada kerajaan BN akan terus berkuasa selepas PRU14 atau tidak, demikian rumusan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL).
Pengarahnya, Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, tiga perkara ini perlu diberi perhatian oleh kerajaan kerana kajian yang dijalankan itu menunjukkan kenaikan harga akan memberi impak besar kepada masyarakat di negara ini.
“Kajian yang kami lakukan ke atas 1,676 responden menunjukkan bahawa mereka memandang berat terhadap tiga perkara ini, iaitu 42 peratus pada harga minyak, 34 peratus harga barangan dan selebihnya terhadap tarif elektrik.
“Jadi perkara ini perlu dikawal secepat mungkin kerana populariti kerajaan banyak bergantung kepadanya,” katanya pada sidang media Kaji Selidik Politik Malaysia Enam Bulan Selepas PRU13, di sini, hari ini.
Katanya, bagi memastikan sokongan terhadap kerajaan meningkat atau tidak, ia bergantung kepada perkara tersebut.
“Ini isu yang kritikal kerana ia berkait rapat dengan sejumlah besar pengundi daripada pelbagai lapisan masyarakat.
“Jadi apa tindakan selanjutnya, perlu diambil secepat mungkin kerana ia akan beri impak yang besar pada pilihan raya akan datang,” katanya. 

Tiada ulasan: