Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 25 Disember 2013

UAE sumbang US$10j bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR – Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahyan mengarahkan supaya US$10 juta diperuntukkan bagi membantu mangsa banjir yang melanda beberapa kawasan di Malaysia baru-baru ini.
Menurut Kedutaan UAE dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini, inisiatif ini merupakan bantuan khusus kepada lebih 20,000 keluarga yang terjejas akibat banjir besar yang melanda daerah Pekan dan Kuantan, Pahang.
“Persatuan Bulan Sabit Merah UAE akan melaksanakan inisiatif kemanusiaan ini melalui kerja-kerja pemulihan dan penyelenggaraan,” katanya.
Tambahnya lagi, bantuan berupa keperluan asas yang diperoleh daripada pasaran tempatan dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 100,000 rakyat Malaysia yang terlibat.
“Dengan bantuan ini, diharapkan mereka akan dapat pulang ke rumah dan menjalani rutin harian seperti biasa,” katanya.- Bernama

Tiada ulasan: