Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 29 Disember 2013

TERINGAT SERUAN BERDEMO DARI AZHAR IDRUS DULU ?



Bila panas isu perhimpunan guling kerajaan teringat Admin kisah sorang Ustaz bersih 3.0 ni ,yang cuba menghalalkan Perhimpunan tersebut sanggup hasut orang pergi ke demo tersebut dan akhirnya kita lihat bagaimana tercetusnya satu keadaan yg sangat huru hara disana pada masa itu.

Cuba sahabat fikir !!! agak agak korang Ustaz bersih ni dapat tak saham dosa sebab dia juga menggalakkan org pergi kesana ??

Akan tetapi cuba kita renung Kembali tuntutan Agama yang sebenar mengenai adap mentaati Pemimpin:

Salah satu prinsip di dalam i’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah adalah mentaati dan menghormati pemerintah (pemimpin) di mana dia duduk di bawah kepimpinan atau kekuasaan pemerintah tersebut. Ini adalah sebagaimana yang telah dijelaskan melalui tulisan sebelumnya.

Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah merujuk kepada:

1 - Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (ma’ruf), termasuk merealisasikan perintah mereka yang ma’ruf dan membantu mereka dalam urusan kebaikan yang diperlukan atau diperintahkan,

2 – Mengakui, menghormati, dan memuliakan kedudukan mereka sebagai pemimpin serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka,

3 - Tidak mentaati mereka dalam urusan atau perintah bermaksiat kepada Allah,

4 - Membenci maksiat yang mereka lakukan dan mengingkari keburukan yang mereka lakukan dengan cara nasihat dan kaedah-kaedah yang syar’i,

5 - Serta tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat kepembangkangan terhadap kepimpinan, dan tidak menghina atau mencela mereka walaupun mereka bertindak buruk dan zalim. Ini adalah selagi mana mereka masih tetap menegakkan syi'ar solat dan tidak dilihat padanya kafir bawaahan.

Mentaati Pemerintah Adalah Sebahagian Ciri Taqwa dan Tanda Ketaatan Kepada Allah serta Rasul-Nya

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَمَنْ يُطِعْ الْأَمِيرَ فَقَدْ أَطَاعَنِي وَمَنْ يَعْصِ الْأَمِيرَ فَقَدْ عَصَانِي

“Sesiapa yang taat kepadaku, sesungguhnya ia telah taat kepada Allah. Sesiapa yang derhaka kepadaku, sesungguhnya ia telah derhaka kepada Allah. Sesiapa yang taat kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah taat kepadaku, dan sesiapa yang derhaka kepada pemimpin, sesungguhnya ia telah derhaka kepadaku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/114, no. 2737. Muslim, 9/364, no. 3417)

baca seterusnya untuk melihat tuntutan2 seterusnya di http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2013/05/bagaimana-ahlus-sunnah-wal-jamaah.html#.Ur_h1_QW0_p
Catat Ulasan