Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 21 Disember 2013

Suspek samun belasah OKU diberkas

KUALA TERENGGANU – Kes samun dan belasah seorang wanita warga emas kurang upaya di Besut pada Sabtu lalu dianggap selesai dengan penangkapan seorang lelaki di Felda Tenang, Besut dua hari kemudian.
Suspek berusia 21 tahun itu diberkas pada pukul 1.30 pagi di rumahnya dan polis menemui semula barangan kemas milik mangsa, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner K Manoharan kepada pemberita, di sini hari ini.
Katanya, polis juga merampas sebatang besi yang dipercayai diguna oleh suspek untuk membelasah mangsa.
Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, warga emas berusia 68 tahun dan bisu tersebut ditemui oleh anggota keluarganya dalam keadaan cedera parah dan tidak sedarkan diri di dalam rumah di Kampung Darau, Hulu Besut.
Selain kedua-dua matanya bengkak dipercayai akibat ditumbuk oleh suspek, terdapat luka panjang pada bahagian kiri lehernya disyaki kesan belasah menggunakan senjata keras.
Mengulas keadaan wanita itu, Manoharan berkata mangsa yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu, Kelantan dilapor stabil. – Bernama

Tiada ulasan: