Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 24 Disember 2013

RAFIZI RAMLI DI BERI TEMPOH SEHINGGA 31 DISEMBER BUKTIKAN DAKWAAN NYA


Rafizi Ramli diminta supaya tidak hanya bercakap kosong serta berbohong dalam ucapannya sebaliknya menamakan senarai pembeli aset negara berjumlah RM5.6 bilion yang dijual oleh kerajaan seperti yang didakwanya dan sekiranya gagal pandai pandailah Rakyat menilai mentaliti insan yang bernama Rafizi ini dan diharap Kerajaan mengambil tindakan tertentu agar dapat memberi pengajaran kepada beliau yg seringkali menuduh serta cuba menghasut pengikutnya membenci kerajaan.

Hari ini satu kenyataan yang Admin @pm petik dari Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Hamdan Mohd. Salleh memberi tempoh sehingga 31 Disember ini kepada Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk membuktikan dakwaan tersebut melalui satu sidang akhbar sebelum tindakan undang-undang diambil kerana menjejaskan imej negara.

Berikut kenyataan penuh Hamdan:

* Rafizi Ramli diminta mengadakan sidang akhbar terbuka dengan segera untuk memberi penjelasan terhadap empat perkara seperti disarankan tempoh hari oleh Presiden JMM, Azwanddin Hamzah iaitu:

i) Senarai nama-nama pembeli aset negara yang bernilai RM5.6 billion.

ii) Senarai penuh pembaziran kerajaan bernilai RM5.6 billion.

iii) Peraduan Anak-Anak Ikan peringkat antarabangsa di Pandan 2014.

iv) Tukar nama Comango kepada Comangay.

* Rafizi perlu beri penjelasan dan jawapan atas empat perkara itu untuk membuktikan bahawa beliau adalah anak jantan dan bukan anak ikan. Anak ikan tidak layak duduk di Parlimen tetapi hanya layak duduk di sekitar kawasan Segambut.

* Jika Rafizi gagal memberi senarai nama pembeli-pembeli aset negara bernilai RM5.6 bilion kepada media sebelum akhir tahun ini, maka kita meminta pihak berkuasa ambil tindakan undang-undang terhadap beliau sebab ini adalah satu pembohongan yang amat ketara dan merosakkan imej negara.

Tiada ulasan: