Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 24 Disember 2013

Rafizi Kaki Putar Belit Fakta, Wujudkan Persepsi Negatif Terhadap Kerajaan – Hamidah Osman


KUALA LUMPUR, 23 Dis – Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng,  Datuk Hamidah Osman, membidas kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang gemar memutar belitkan fakta bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap Barisan Nasional (BN) dan kerajaan.
Terbaru, kenyataan Rafizi yang mendakwa kerajaan BN menjual aset negara merupakan satu tuduhan semberono dan dilihat sebagai usaha memburukkan kerajaan tanpa berpegang pada asas fakta sebenar.
“Kalau kita tengok rekod Rafizi ni, dia memang suka putar belitkan fakta untuk timbulkan keraguan dan persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan.
“Ini memang kerja dia. Apa saja isu yang timbul, dia akan ‘spin’ sehingga memperlihatkan seolah-olah isu itu betul, sedangkan hakikatnya tidak begitu. Apa yang penting baginya, wujudkan persepsi buruk dulu dan benar atau tidak fakta itu, soal nombor dua,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Tambahnya lagi, inilah strategi dan permainan politik yang seringkali digunakan oleh pihak pembangkang secara berterusan bagi mewujudkan persepsi negatif terhadap kerajaan di kalangan rakyat.
“Kita sudah tengok banyak contoh dakwaan pembangkang yang tidak benar dan bohong belaka. Contoh yang paling ketara, ketika PRU yang lepas, di mana mereka dakwa macam-macam penipuan yang dibuat oleh BN untuk menang pilihanraya.
“Akhirnya, segala pembohongan mereka terbongkar malah segala dakwaan mereka, khususnya dari Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti isu blackout, warga bangla dan sebagainya dinafikan oleh ahli dan kepimpinan pembangkang sendiri,”tegasnya.
Justeru itu beliau menasihati rakyat umum agar menyelidik terlebih dulu sebarang dakwaan buruk pembangkang terhadap kerajaan kerana dibimbangi itu hanya satu provokasi, fitnah dan tohmahan untuk menjatuhkan imej kerajaan.
“Kita sebagai rakyat kena teliti dan selidik dulu. Bagi golongan muda yang tahu tentang IT, maklumat berada di hujung jari. Jadi, jangan terus terima apa saja dakwaan pembangkang, sebaliknya siasat terlebih dulu agar kita tahu cerita sebenar.
“Jika kita terus terima bulat-bulat apa saja yang didakwa oleh pembangkang, maka dibimbangi kita akan membuat pertimbangan yang salah dan seterusnya membuat keputusan yang boleh menjejaskan masa depan agama, bangsa, tanahair dan kita sendiri,” jelasnya.
Rafizi pada Jumaat lepas, mendakwa kerajaan BN telah menjual aset negara sedangkan penjualan aset kerajaan dan pensekuritian gadai janji adalah amalan biasa yang diterima di seluruh dunia manakala di Malaysia, ia telah dilaksanakan sejak tahun 2004 lagi.

Tiada ulasan: