Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 29 Disember 2013

Polis panggil Rafizi Ramli berhubung Isu emel letupan Bom

KUALA LUMPUR – Polis memanggil pengarah strategi PKR Rafizi Ramli untuk siasatan berhubung kandungan satu emel yang mendakwa mengenai usaha untuk membuat letupan di beberapa kawasan semasa sambutan malam tahun baru.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah dalam satu kenyataan berkata, emel tersebut didakwa dihantar oleh Dr Rahim Ghouse – seorang bekas exco Pemuda Umno Pulau Pinang.
Kenyataan polis bagaimanapun tidak menyebut sama ada pasukan itu juga telah mengenalpasti pihak yang mula-mula menyebarkan emel berkenaan.
“PDRM memandang serius terhadap penyebaran e-mel yang dikatakan dihantar oleh Rahim Ghouse kepada Rafizi Ramli mengenai rancangan letupan di beberapa kawasan strategik sempena sambutan Tahun Baru.
“Pengarah Strategi PKR yang juga MP Pandan Rafizi Ramli telah dipanggil bagi membantu siasatan.
“Sehingga hari ini, sejumlah 1,151 laporan polis diterima dari seluruh negara terhadap bantahan penganjuran perhimpunan memudaratkan ketenteraman awam yang disebarkan melalui media sosial sebelum ini,” kenyataan itu dipetik.
Sementara itu Rafizi dalam kenyataannya menyebut, beliau dminta hadir ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi pada jam 11.30 pagi ini.
Beliau menafikan tuduhan merancang untuk menanam bom tersebut, yang menurutnya dimulakan oleh “blog Umno”.
“Saya syaki tindakan PDRM memanggil saya memberi keterangan ini adalah bersabit fitnah yang dimulakan oleh blog-blog Umno bahawa saya terlibat merancang untuk menanam bom di tempat-tempat tertentu pada 31 Disember ini,” katanya.
Catat Ulasan