Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 28 Disember 2013

Polis anggap TURUN kumpulan mahu gulingkan kerajaan

Polis hari ini mengenal pasti empat kumpulan, diketuai Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) yang didakwa mahu menggulingkan kerajaan dengan mengadakan himpunan untuk melahirkan rasa tidak puas hati sempena sambutan tahun baru pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka.
Menyifatkan kumpulan itu sebagai “kumpulan NGO yang kecil” sahaja, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh memberi amaran kepada orang ramai agar tidak menyertai dan menyokong usaha kumpulan itu.
“Polis mendapat maklumat dan risikan serta laporan polis menunjukkan bahawa satu perhimpunan untuk mengganggu sambutan yang telah diatur akan dibuat oleh kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dan gabungan beberapa NGO di Dataran merdeka pada hari tersebut.
“Kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini telah mewar-warkan dalam laman web dan laman sosial dengan memberitahu orang ramai bahawa mereka akan menggulingkan kerajaan dengan cara mengadakan perhimpunan itu.
“Mereka juga telah membuat beberapa siri perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang di beberapa lokasi dan negeri dengan cara menghasut orang ramai khususnya anak-anak muda untuk bersama-sama mereka turun menggulingkan kerajaan,” katanya pada sidang media pagi ini.
Tanpa menyebutnya secara langsung, Amar dalam power point yang dipaparkan pada sidang medianya turut menyenaraikan NGO Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebagai tiga lagi kumpulan lain yang terlibat sama.

Tiada ulasan: