Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 1 Disember 2013

PERLANTIKAN USTAZ KAZIM-PAS JILAT LUDAH MEREKA BALIK !!!

DASAR TAK TAU MALU MEREKA INI, DULU HINA USTAZ, UGUT BUNUH USTAZ, KATA USTAZ ANJING DAN PELBAGAI LAGI HINAAN DI LEMPARKAN ,BILA MEREKA DITEGUR ATAS KEMUNGKARAN YANG MEREKA LAKUKAN !!!!

AKAN TETAPI LIHATLAH DUNIA MENGAPA MERAKA KINI IRI HATI,KINI MEREKA JILAT LUDAH MEREKA BALIK,GILA BETUL MEREKA
INI KAN !!!


IPOH –  Isu pemecatan Mohammad Kazim Elias daripada Pas sudah berada dalam pemerhatian Jawatankuasa Disiplin Pusat, kata Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain.

Bagaimanapun beliau berkata, belum ada sebarang tindakan lanjut dibuat termasuk penyerahan surat berkenaan kepada pendakwah berkenaan.

Menurutnya, Pas Perak sudah menyerahkan laporan lengkap berhubung isu pemecatan itu yang dilakukan atas faktor pelanggaran peraturan parti, awal tahun ini.

“Memang benar beliau masih ahli Pas yang sah, walaupun ada ura-ura dipecat, namun ia belum lagi dilakukan secara rasmi.

“Sekiranya beliau menerima pelawaan Umno itu, keahliannya secara automatik akan gugur tanpa perlu surat pemecatan daripada Pas,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, sejak menyertai Pas pada 1998, Mohammad Kazim atau dikenali Ustaz Kazim sememangnya tidak terlibat secara aktif dalam mana-mana program parti, namun tetap menerima undangan memenuhi aktiviti Pas.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Pemuda Pas Perak mengesahkan, Mohammad Kazim Elias atau dikenali Ustaz Kazim adalah ahli parti itu yang sah.

Ketuanya, Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss berkata, pendakwah itu berkenaan mendaftar sebagai ahli Pas cawangan Kampung Manjoi (Tambun) sejak Julai 1998 dengan nombor keahlian 0475276.

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata, pelantikan Ustaz Kazim sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah mencipta satu rekod baru dalam Pas Perak apabila ahli yang masih sah, dilantik menyertai parti lain dengan jawatan tertinggi.

“Ini adalah satu ujian untuk beliau, ambillah contoh penyertaan kalangan ulama dan tokoh agama dalam Umno sebelum ini, mungkin itu boleh dijadikan penanda aras.

“Bagi Pas, ‘kehilangan’ Ustaz Kazim bukan satu kerugian kerana Pas sendiri sudah dibarisi ramai ahli cendekiawan, tokoh agama dan ulama yang setia bersama parti dalam keadaan susah dan senang,” katanya.

Mengulas lanjut, Abu Bakar yang juga Adun Titi Serong berkata, Umno sewajarnya membina kekuatan sendiri dalam kalangan ahlinya termasuk dalam usaha memperkukuh nilai moral dan agama.

Menurutnya, sepertimana dilakukan Pas, Umno juga boleh melatih dan memperhebat ahli sedia ada untuk menjadi pembimbing kepada barisan kepimpinan parti itu melalui tarbiah dan usrah.

“Mereka (Umno) boleh buat sendiri, mula dari awal kepimpinan jadi tidak perlu sampai tarik ‘hak orang’,” katanya.

Ditanya kemungkinan surat pemecatan akan ditarik semula sekiranya Ustaz Kazim menolak pelantikan itu, beliau berkata, ia terserah kepada Jawatankuasa Disiplin untuk membuat keputusan.

“Mana-mana parti pun kita tidak boleh buat ikut suka hati, walaupun individu itu ahli biasa, mesti ikut peraturan yang ditetapkan,” katanya.


INFO:

PERLEMBAGAAN PAS (PINDAAN 2001) MENYEBUT:

FASAL 13 - KEBERHENTIAN AHLI

(1) Keberhentian ahli disebabkan

    (a) Permintaan sendiri

    (b) Dipecat

    (c) Mengisytiharkan diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain

(3)(e) - Seseorang ahli boleh dikenakan tindakan pemecatan jika ia tidak dinafikan secara bertulis kepada Setiausaha Agung akan sebarang maklumat, khabar atau berita mengenai pengisytiharan dirinya keluar Pas atau menyertai parti politik lain dalam tempoh 30 hari dari tarikh surat minta penjelasan daripada Setiausaha Agung.

Tiada ulasan: