Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 24 Disember 2013

Pembinaan taman tema 20th Century Fox World di Genting bermula

Gambaran Taman Tema Twentieth Century Fox World – Foto Twentieth Century Fox Consumer Products and Resorts World Genting

Penerbit dan studio filem terkemuka Twentieth Century Fox dari Amerika Syarikat telah memulakan kerja-kerja pembinaan taman tema pertamanya di Malaysia yang bakal menumpukan permainan bercirikan tarikan kanak-kanak dan bertemakan filemblockbusterseperti Ice Age dan Night At the Museum.
Turut diedarkan beberapa imej “gambaran artis” taman tema itu nanti.
Taman tema yang dinamakan Twentieth Century Fox World itu akan di bina di Genting Highlands, Pahang dan meliputi keluasan 25 ekar serta mempunyai 25 permainan berdasarkan filem-filem yang mendapat sambutan seperti Rio, Alien vs Predator dan Planet of the Apes.
Taman tema ini merupakan salah satu langkah strategik studio itu dalam menarik pengunjung luar negara terutamanya dari China dan Asia Tenggara.
“Pembinaan destinasi hiburan bertaraf dunia ini adalah satu langkah dalam strategi global taman tema Fox  selain untuk meluaskan jenama dan melibatkan diri bersama orang ramai  dengan cara baru dan menarik, ” kata jurucakapnya, Greg Lombardo.
Pengumuman mengenai taman tema ini dibuat pada musim panas yang lalu.
Pembinaannya memakan belanja sebanyak $300 juta dan  dibangunkan oleh syarikat Genting Malaysia.
Ia dijangka siap pada 2015 nanti dan dibuka untuk orang ramai pada tahun 2016.
Sementara itu agak menghampakan apabila beberapa filem popular studio itu seperti “X-Men” dan “Avatar” tidak tersenarai dalam rancangan pembinaan permainan di taman tema itu.
Menurut majalah filem Variety, ini kerana hak atau lesennya telah diberikan kepada taman tema lain.
Tema “Avatar” misalnya sedang dibina di Taman Tema Walt Disney World Resort di Florida, Amerika Syarikat dan dijangka dibuka pada 2017.
-AWANI

Tiada ulasan: