Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 3 Disember 2013

Mustafa Ali yang terang terangan bermasaalah tak dipecat sekarang berani berkata PAS telah pecat Kazim pada Ogos lalu

WALAU PUN MEMPUNYAI MASAALAH YG DIKATAKAN KRITIKAL MASIH MENDAPAT JAWATAN SETIAUSAHA AGONG PAS ???
Mustafa Ali yang terang terangan bermasaalah tak dipecat sekarang  berani berkata PAS telah pecat Kazim pada Ogos lalu,huuhuuu kita nilaikanlah perkara ini di SINI bagi merungkai permasaalahan ini 

B
ersesuaian dgn Hadith Nabi SAW,riwayat imam Ibnu Majjah, mafhumnya Nabi SAW pernah memberitahu sahabat ,tentang seorang penzina berserta dgn nama dan identitinya,tetapi tidak dapat dihukum REJAM sebab tak cukup bukti utk hudud. SAYUGIA diketahui setiap bukti yg diiktiraf oleh masyarakat boleh digunakan sebagai bahan utk menilai akhlak seseorang dan bukannya utk mengHUDUD.Tujuan Nabi SAW,utk umat mengetahui akhlak yg dituduh ditakuti akan terpilih menjadi seorang yg menjagai amanah bagi umat.
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali memaklumkan penceramah bebas Mohammad Kazim Elias yang dilantik Datuk Seri Najib Razak sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah dipecat dari PAS pada Ogos lalu.
Menurut beliau, surat pemakluman pemecatan keahlian itu juga telah dihantar kepada Kazim sejurus selepas itu dan tiada sebarang rayuan dikemukakan kepada PAS.
Keputusan pemecatan itu dibuat dalam Mesyuarat PAS Pusat pada 25 Ogos lalu.
Katanya, selain Kazim, tiga lagi individu yang turut dipecat ialah bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor, Hassan Basri dan bekas Setiausaha PAS Selangor, Norman Toha.
“Kita dah pecat beliau Ogos lalu, dan kita telah hantar surat kepada beliau.
“Kita anggap sampai kepada beliau, kerana kita tidak menerima pengembalian surat itu dan kita juga tak dapat apa-apa respons daripada beliau,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Kazim yang hari ini mengisytiharkan keluar dari PAS selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Parlimen hari ini.
Mustafa berkata, tidak timbul soal Kazim mengisytiharkan keluar dari PAS kerana sememangnya beliau sudah dipecat dan bukan lagi ahli PAS.

Tiada ulasan: