Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 25 Disember 2013

Manaf Abdul Kadir, 78 : Peserta himpunan buta sejarah

JERANTUT - Individu yang akan menyertai Himpunan Guling Kerajaan pada 31 Disember ini bukan sahaja dianggap penderhaka kepada negara, malah buta sejarah.

Abdul Manaf Abdul Kadir, 78, berkata, beliau sangat sedih apabila mengetahui ada pihak sanggup berbuat demikian.

Menurutnya, paling menyedihkan golongan tertentu menggunakan anak muda untuk mengkhianati pengorbanan nenek moyang mereka sendiri yang sanggup gadai nyawa demi kemerdekaan negara.

“Saya sedih kerana generasi hari ini sanggup menimbulkan pergolakan di bumi sendiri seolah-olah mereka tidak nampak apa yang telah berlaku di Mesir, Syria dan Thailand.

“Huru-hara di negara luar sepatutnya dijadikan iktibar dan teladan agar kita sama-sama menjaga keamanan yang dibina selama ini,” katanya.

Abdul Manaf berkata, generasi hari ini tidak pernah hidup susah seperti dialami nenek moyang mereka pada zaman sebelum merdeka.

Menurutnya, dia bersyukur kerana diberikan nikmat usia yang panjang supaya pengalamannya hidup di zaman penjajah dengan segala kepayahan boleh diceritakan kepada anak cucu dan generasi seterusnya.

“Dahulu nak keluar rumah pun takut, kerja susah, makan susah dan semuanya susah tapi anak-anak muda hari ini hidup dalam keadaan senang-lenang tanpa perlu rasa takut.

“Atas nikmat hidup senang itulah mereka tidak pernah kenal erti bersyukur, malah cuba untuk menghuru-harakan lagi keamanan dalam negara,” katanya.

Tambahnya, banyak pihak yang tidak membayangkan apa akan berlaku sekiranya kerajaan yang sedia ada digulingkan sesuka hati mereka.

“Generasi hari ini cukup mudah dipengaruhi perkara negatif tanpa menghiraukan baik buruknya.

“Sehubungan itu saya mahu pihak berkuasa bertindak dengan lebih tegas bagi menggagalkan demonstrasi tersebut di saat kita menghitung hari menyambut Tahun Melawat Malaysia 2014,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa perlu segera menahan pihak yang merancang himpunan tersebut di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).
Catat Ulasan