Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 29 Disember 2013

Isu laman seks songsang di akaun Twitter Anwar terus jadi polemik?? Apakah tweeter terlalu mudah di ceroboh ???

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang berhempas pulas menangani serangan akibat akaun Twitternya yang dikesan telah menjadikan gambar aksi lucah seorang lelaki melakukan seks oral sebagai salah satu tweet favouritenya.
Tweet favourite ialah satu cara untuk pengguna memilih tweet dari akaun orang lain sebagai tweet yang digemarinya.
Dalam kes Anwar ini, yang berlaku pada 25 Disember lepas akaun @anwaribrahim telak klik Favourite pada gambar berkenaan yang diretweet oleh seorang yang lain dengan akaun @KelvinAlmost69.
TweetGay01
(BUKTI… Akaun twitter milik Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan gambar dua orang lelaki sedang melakukan seks oral dalam ruangan tweet yang digemari (Favourite) oleh Anwar sendiri.. Bukti akaun Anwar ialah lambang pengiktirafan Twitter berwarna biru di sebelah kanan namanya)
Blog PapaGomo semalam membuat artikel berkenaan insiden itu walaupun telah lama berdiam diri daripada menulis artikel dan kesilapan Anwar dalam Twitter itu memang panas, besar dan memalukan.
Anwar dalam tweetnya selepas kejadian itu, menggunakan huruf besar dengan mengatakan ‘NOT ME’, ‘NOT by ME‘ sebelum datangnya tweet dari beliau mengatakan ia adalah kerja ‘jahat’ pasukan siber Umno yang telah menceroboh ke dalam akaun twitter beliau.
TweetGay05
(PUTAR BELIT… Anwar maklumkan melalui tweet ia adalah angkara UMNO yang cuba menceroboh akaun Twitternya beberapa kali, habis tu takkan Anwar tak perbaiki sistem keselamatan akaun Twitter)
Menurut Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), percubaan hack ke atas akaun Twitter beliau telah beberapa kali terjadi oleh pasukan siber Umno.
Pada penulis, jika ia sudah beberapa kali berlaku Anwar dan pasukan sibernya yang dianggap hebat sepatutnya tahu bagaimana memelihara keselamatan akaun Twitter berkenaan daripada terus diceroboh.
TweetAnwar(GELABAH…. Rangkaian tweet dari Anwar yang cuba memutarbelitkan bukti apabila menggunakan huruf besar NOT ME dan NOT by ME mengatakan bukan beliau yang menjadikan tweet lucah itu sebagai tweet kegemarannya, Ada soalan dari @AhmadFarid, kenapa Anwar tidak delete perbuatan itu.. Kantoi lagi!!)
Tambahan pula akaun Anwar ialah akaun yang sudah diiktiraf oleh Twitter sebagai akaun asli milik Anwar dan biasanya akaun twitter yang sudah diiktiraf Twitter, sistem keselamatan untuk anda ‘sign in’ adalah lebih ketat berbanding akaun Twitter biasa.
Mustahil akaun itu telah digodam…. sangat mustahil. Dan kalau sudah digodam… takkan setakat favourite satu benda aje? Kenapa tidak ada yang lain-lain? Dan cepat betul Anwar dapat memegang balik akaun Tweetnya itu.
Sebenarnya, semakin muak dengan alasan-alasan yang diberikan Anwar. Sesiapa pun kalau berakal dan waras, boleh nampak pembohongan melampau itu.
Ada kemungkinan pada cuti Krismas ketika sedang melihat tweet-tweet yang digemari, Anwar tekan favourite kepada gambar berkenaan tetapi kemudian menjadi panik kerana akaun itu adalah akaun rasminya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.Mynewshub

Tiada ulasan: