Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 28 Disember 2013

Gereja Katolik Selangor Akan Terus Guna Kalimah Allah – Paderi Lawrence

PERINGATAN ..wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan menghantar notis peringatan kepada mereka berhubung enakmen negeri melarang bukan Islam menggunakan kalimah itu.

Pengarang mingguan Katolik, Herald, Father Lawrence Andrew dilaporkan The Malaysian Insider berkata Artikel 11(3) (A) Perlembagaan Persekutuan menjelaskan setiap kumpulan agama berhak menguruskan hal ehwal keagamaan mereka sendiri.

“Agama kami tidak boleh diuruskan oleh sebarang kumpulan agama Islam. Ia bertentangan dengan Perlembagaan. Kami akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan kami,” katanya.

Andrew berkata Jais selaku badan penguatkuasa agama Islam negeri tidak berhak terhadap kumpulan agama lain.

“Pada masa ini, kes perbicaraan masih dalam proses mahkamah dan keputusan belum diputuskan. Mereka tidak boleh membuat penilaian sendiri,” katanya.

Dalam wawancara bersama sebuah portal baru-baru ini, Pengarah Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata pihaknya akan menyenaraikan semua gereja di Selangor sebelum menghantar surat bagi meminta pihak gereja mematuhi Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran kepada Orang Islam) 1988.

“Kami akan mengutus surat kepada semua gereja di Selangor bagi menghormati enakmen tersebut, katanya.

Enakmen yang diluluskan semasa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor itu turut melarang bukan Islam di Selangor menggunakan 35 perkataan Arab seperti Allah, Nabi, Injil dan Insya Allah.


undi di Utamakan dan Islam di ketepikan!!!! undi lh Umno jgn beri undi Pada Pas pada Pru akan datang Pas...Pisss..Puusss..

Untuk rujukan sahabat sahabat Pendekar Melayu disini serba seidkit info yang Penulis nak kita sama sama kongsikan iaitu Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. 


Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. 

Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Pandangan Tokoh Ulama Luar Negara
Pandangan Wakil al-Azhar (Timbalan Syeikh al-Azhar) dan Ketua Lajnah Dialog Antara Agama al-Azhar, Fadhilat al-Syeikh Abdul Fattah ‘Allam
Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan
kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat. 

Ini kerana kalimah Allah tidak boleh disamaertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang Mewujudkan. 

Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang tuhan yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai Allah. 

Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud
kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an dan alHadith

Pandangan Penasihat Undang-undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi,
Syeikh Abdul Muhsin al-‘Abikan Beliau berpendapat bahawa pendekatan Kerajaan Malaysia ini adalah bertujuan untuk  mengelakkan daripada penyalahgunaan nama  ‘Allah’ melainkan hanya kepada Yang Maha Pencipta (tuhan yang sebenar ). 

Ia kerana terdapat agamaagama lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama  ‘Allah’ tidak sepatutnya
digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selain-Nya

Tokoh Pergerakan Perlembagaan Islam (Islamic Constitutional Movement)
Kuwait, Syeikh Abdul Hamid al-Ballali
Beliau menyokong penuh keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai panggilan bagi tuhan mereka. 

Beliau beralasan bahawa keputusan tersebut amat signifikan bagi 
memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. 
Umat yang gagal memelihara istilah-istilah agamanya adalah umat yang leka. Sedangkan Allah SWT telah mengangkat umat ini sebagai sebaik-baik umat.
Menurutnya lagi umat Islam perlu sedar banyak istilah-istilah yang berasal
daripada Islam pada hari ini telah cuba dieksploitasi,  disalahguna atau
dipesongkan maknanya oleh pihak tertentu. 

Ianya seperti istilah  ‘syahid’ yang 
juga digunapakai bagi penganut bukan Islam. Istilah  ‘riba’ yang ditukarkan
                                              
Kenyataan ini dibuat oleh beliau ketika penulis menghadiri Kursus Pengendalian Fatwa dan Pengurusan Dakwah dari Mei-Julai 2009.

Fail’Cawangan’Aqidah’JAKIM.

Keputusan Kerajaan

Keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 juga telah memutuskan
bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam. Malah penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN.

S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala  Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November
2006.
Kesimpulan

Berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, tiada sebab untuk kerajaan
membenarkan penggunaan kalimah  ‘Allah’ kepada pihak Kristian. 

Malah keputusan kerajaan adalah selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menobatkan Islam sebagai agama  bagi  Persekutuan. Umat beragama di Malaysia telah sedia maklum bahawa sebarang isu yang berkaitan dengan Islam sama ada secara langsung atau tidak seharusnya menghormati kedudukan istimewa agama Islam dan umat Melayu Islam di negara ini.

Rujukan  klick disini

Tiada ulasan: