Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 24 Disember 2013

Bukan puting beliung tapi belalai air

KUALA LUMPUR – Fenomena disangka puting beliung yang dilaporkan berlaku di kawasan Pantai Lido di Johor Bahru pada kira-kira jam 4.00 petang pada 18 Disember lalu sebenarnya adalah belalai air.

Belalai air ialah pusaran angin yang terbentuk di permukaan air dan kerap berlaku di kawasan beriklim tropika. Fenomena tersebut boleh berlaku ketika ribut petir.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, belalai air tidak ditafsirkan sebagai puting beliung kerana ia tidak akan menyebabkan angin kencang.

“Ia akan lenyap dengan cepat, tidak seperti puting beliung yang akan terus berpusar dan merosakkan struktur yang berada di laluannya. Belalai air juga tidak dapat kesan menerusi satelit,’’ kata jabatan itu dalam laman sesawangnya.
Selain di Johor Bahru, fenomena itu pernah dilapor berlaku di Labuan pada Disember 2012 dan di Kota Damansara pada tahun 2010.
Catat Ulasan