Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 18 November 2013

TERKINI KARPAL MUNGKIN AKAN ULANG PERKATAAN LANGKAH MAYAT DIA DULU KALAU PAS MAHU LAKSANA HUDUD DI KELANTAN

Saat yang dinanti nantikan telah pun tiba untuk Pas membuktikan yang selama ini mereka tidak menjual nama Hudud untuk kuasa memerintah Ngeri Kelantan dan tentu rakan rakan Pendekar pun mahu pihak Pas membuktikan yang mereka tidak menjual nama Agama untuk kepentingan Kuasa Politik mereka

Pas juga seharusnya membuktikan kepada rakyat bahawa Parti Islam itu mampu menidakkan kuasa membantah oleh sekutu mereka terutama DAP dan PKR agar dapat menerima Hudud sebagai agenda utama Pakatan Pembangkang dan bukan seperti yang kita sedia maklum yang mereka telah jelas mengatakan bahawa Hudud bukan Agenda utama Pakatan Pembangkang dan tidak mustahil perkataan keramat Karpal Sing iaitu'Over My Dead Body' akan berkumandang kembali.

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menegaskan akan menerima usul perbahasan mengenai hudud di Kelantan jika ada ahli parlimen membawanya ke Dewan Rakyat.

Bagaimanapun menurutnya, perkara tersebut terserah kepada pihak Pas sekiranya mereka mahu membahaskannya.

“Kita sedia mendengar usul tersebut, tetapi keputusan tertakluk kepada sokongan semua ahli dewan.

“Kerana jika di bawa ke Parlimen, suara mereka (Pas) hanya minoriti, kita tidak tahu sokongan daripada rakan PR yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan cadangan membawa usul meminda undang-undang bagi memberi laluan Kelantan melaksanakan hudud di Dewan Rakyat sebagai tidak relevan.

Beliau bagaimanapun tetap menyokong sepenuhnya perlaksanaan hudud di negeri itu 
Catat Ulasan