Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 11 November 2013

TERKINI : Bas ke Genting terbabas, seorang cedera parah

KUALA LUMPUR - Seorang penumpang cedera parah apabila bas persiaran yang membawa 22 penumpang terbabas ke dalam longkang di Km 3 Jalan Batang Kali-Jalan Genting, di sini awal hari ini.
   
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superitendan Zulkifli Bidin berkata, lelaki berumur 58 itu patah kaki kanan akibat tersepit dalam kejadian pukul 5 pagi tersebut dan kini dirawat di Hospital Selayang.
   
Beberapa penumpang lain termasuk pemandu bas itu dilapor mengalami cedera ringan, katanya ketika dihubungi di sini.
   
Mengulas kejadian itu, Zulkifli berkata nahas berlaku dalam keadaan hujan renyai apabila sebuah kereta dari arah bertentangan dipercayai memasuki laluan bas tersebut, menyebabkan pemandunya mengelak ke tepi jalan.
   
"Tindakannya mengakibatkan bas yang dalam perjalanan dari ibu negara ke GentingHighlands itu terbabas dan masuk ke dalam longkang," katanya menambah  semua penumpang rakyat tempatan.
   
Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat  Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.07 pagi dan tiba di lokasi kejadian 24 minit kemudian.
   
Operasi tamat pada pukul 6.28 pagi setelah kesemua mangsa berjaya dikeluarkan, katanya.

Tiada ulasan: