Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Sabtu, 9 November 2013

SALAH KAH DAKU MENEGUR KEPIMPINAN PAS ?

Demi memertabatkan Islam marilah kita berdoa agar umat islam di Malaysia bersatu dan jangan sesekali kita letakkan alasan politik untuk kita bermusuh sesama Mukmin jangan di tiru resmi sesetengah pemimpin Pakatan yang mendoakan kehancuran kepada kita sesungguhnya PM nak mengigatkan bahawasanya 

:Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w. bersabda : " Sesungguhnya Allah, malaikat dan ahli (penduduk) langit dan Bumi ; hinggakan semut di dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan ke atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia." (Riwayat al-Tirmizi)

tak cukup lagi kah dengan peringatan itu saudara saudara ku didalam Pas ? maaf jika terasa PM juga insan biasa sebagai hamba kita wajib saling ingat mengigatkan sesungguhnya Allah SWT berfirman…

“… ………………………………………………dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu…? 
Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
[QS. 24 – An Nuur : 22]

“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.”
[QS. 3 – Ali Imran : 159]

Mudah-mudahan bermanfaat…Semoga PAS dan UMNO saling bermaafan demi memertabat Islam tercinta Amin......

Maka, kita perlu menegur sesama kita..
Bukan masing-masing buat dosa, semua buat tak tahu saja..
Tapi, itulah lumrah di dunia.
Urusan kau, kau saja.
Urusan aku, aku saja.
Bilamana ada yang salah, kita disuruh sepi saja.
Alasannya, tak mahu ada yang terasa.
Tak mahu keruhkan suasana.
Namun, aku masih bertanya sendiri..
Untuk apa belajar tinggi-tinggi, kalau kita disuruh diam sembunyikan diri?
Untuk apa belajar sana sini, kalau nak tegur pun dihalangi?
Untuk apa talaqqi kitab agama, kalau mahu tegur pun sering disalahi?
Nak kongsi pengajaran pun salah.
Nak semua ambil iktibar pun salah.
Nak tegur bagi semua muhasabah pun salah.
Semuanya dipandang negatif.
Semuanya dibilang buka aib.
Orang tua mahu orang muda tegur secara berhikmah.
Tetapi, bila orang muda buat sesuatu, pada pandangannya salah, orang tua terus marah-marah.
Di manakah hikmah?
Kata mahu ditarbiyah.
Tetapi, bilamana ada nasihat dan teguran terkena batang hidung sendiri.
Ada terasa dan terkesan di hati.
Mulalah diri goyah.
Terus hentam menyalahkan itu dan ini.
Aku bertanya sendiri.
Kenapa air mata pilu suka membasahi?

Tiada ulasan: