Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 13 November 2013

Pas Perak sengaja sensasi isu lompat parti Calon BN untuk raih simpati

IPOH - Pas Perak dilihat sengaja mahu mensensasikan isu khabar angin beberapa Adun BN Perak akan melompat parti menjelang Muktamar Pas Pusat kali ke-59.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Faizal Effendy Hasim berkata, isu itu sengaja dimainkan untuk meraih publisiti murahan.

Menurutnya, parti itu juga cuba meraih sokongan perwakilan seluruh negara agar calon dari Perak menang  jawatan penting pada pemilihan kali ini.

“Kita merasa amat pelik kerana Pas sahaja yang beriya-iya sedangkan tiada kenyataan rasmi dibuat PKR dan DAP.

“Pas Perak sepatutnya memikirkan hal lebih penting yang melanda parti itu sekarang khususnya kepercayaan orang Melayu dan kepercayaan rakan komponen di peringkat akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Faizal Effendy berkata, Pas Perak juga dilihat cukup terkesan dengan pembentangan Bajet 2014 oleh perdana menteri baru-baru ini kerana tidak banyak perkara dalam bajet berkenaan boleh dijadikan isu untuk mengelirukan rakyat.

Beliau yang juga Pengerusi Nadi Perak menjelaskan, pembentangan Bajet 2014 Negeri oleh menteri besar tidak lama lagi juga membuatkan mereka resah.

Jelas beliau, kebanyakan rakyat di negeri ini sudah mula menerima kosep 3P (Kita Turun Padang, Kita Selami Perasaan, Kita Laksana Penyelesaian) yang diterjemahkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Kelmarin, Ketua Penerangan Pas Negeri, Dr Ahmad Nuri Al-Amin dalam kenyataannya menggesa Zambry membuat laporan polis berhubung dakwaan dua Adun BN akan melompat parti bagi menafikan perkara itu tidak benar.

Ahmad Nuri berkata, Pas Perak memandang serius perkara berkenaan dan melihat ia perkembangan yang tidak sihat dalam politik Perak.

Tiada ulasan: