Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 10 November 2013

Khairy Jamaluddin menang anugerah di Shout! Awards

Menerusi acara tahunan kali keempat itu, Khairy berentap bersama Aaron Aziz, Adibah Noor, Sofia Jane, Yuna dan Fatimah Abu Bakar dalam kategori ini
Sekalung Tahniah buat Saudara Khairy Jamaluddin yang berjaya mencuri tumpuan dari para peminat peminatnya apabila buat pertama kalinya berjaya memenangi kategori Wired Celebrity Award di Shout! Awards yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini semalam.
Khairy yang tidak menyangka akan kemenangan itu meluahkan rasa syukur buat peminat yang mengundinya menerusi laman rasmi Shout! Awards tahun ini.
"Sejujurnya saya tidak menyangka akan memenangi kategori ini memandangkan ini merupakan pencalonan pertama saya.
"Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan yang telah diberikan dan undian daripada penyokong saya," ujarnya yang ditemui di belakang pentas Shout! Awards.
Menerusi acara tahunan kali keempat itu, Khairy berentap bersama Aaron Aziz, Adibah Noor, Sofia Jane, Yuna dan Fatimah Abu Bakar dalam kategori tersebut.
Shout! Awards mempertandingkan 18 buah kategori dalam industri muzik, televisyen, filem, radio dan media sosial antaranya Popstar Awards, Favourite TV Program Awards, Music Video Awards dan Power Vocal Awards.

Tiada ulasan: