Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 22 Oktober 2013

#PRKSGLIMAU - PAS PANAS BILA NAMA CALONNYA DI BOCORKAN AWAL SEBELUM PENGUMUMAN RASMI

#PRKSGLIMAU
Memetik sumber Malaysiakini, blog pro Pas, Roslan SMS mempertikaikan bagaimanakah nama calon partinya boleh bocor kepada pihak media sedangkan pengumuman rasmi dilakukan parti itu pada malam ini.
Portal itu mendakwa Barisan Nasional (BN) akan menurunkan seorang bekas pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Sohaimi Lazim berdepan dengan Pengarah Jabatan Pasti Kedah, Mohd Azam Abdul Samat.
“Laporan terkini Malaysiakini menamakan calon-calon BN dan Pas. Calon BN dikatakan adalah Pensyarah UPSI, Dr Ahmad Suhaimi Lazim (yang bakal diumumkan Timbalan Presiden UMNO jam 5 petang ini). Manakala calon Pas pula dikatakan Ketua Dewan Pemuda Pas Jerai Sdr Azam Samad.
“Bagi BN saya tidak hairan apabila sumber dalam kem BN dapat bocor dengan begitu mudah, tetapi Pas?!
“Tepat atau tidak maklumat Malaysiakini itu tak tahulah tetapi masalahnya bagaimana keputusan mesyuarat dalam Pas yang sepatutnya rahsia dan sulit boleh begitu mudah bocor. Ini kerana calon Pas sepatutnya hanya akan diumumkan oleh Presiden Pas selepas Isyak jam 9 malam ini.
“Kalau keputusan badan tertinggi Pas boleh mudah bocor, saya harap satu kajian dan siasatan perlu dibuat kerana seakan disiplin dan adab dalam jamaah sudah menjadi semakin longgar dan tiada lagi penghormatan.
“Saya yakin Pas tidak perlukan pemimpin yang ringan mulut dan tidak tahu menyimpan rahsia,”komennya.
Nama Dr. Sohaimi, 52 diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon BN petang tadi.
Selain bekas pensyarah, Dr. Sohaimi juga merupakan bekas guru sekolah agama rakyat, Pondok Pak Ya yang terletak di dalam DUN tersebut.
Seperti diramalkan calon Pas pula adalah Azam Samat, 37, diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di Taman Markisa di Guar Chempedak, malam Isnin.
Turut hadir pada majlis pengumuman calon Pas itu adalah penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali
Oleh :AIDCNews – 21/10/13 – 

Tiada ulasan: