Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 4 Oktober 2013

#TESTEDTEAM4UMNO : UJIAN PALING GETIR BUAT CALON NAIB PRESIDEN, HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN!!

#TESTEDTEAM4UMNO -Keserasian tiga naib presiden Umno telah terbukti dalam memastikan Umno dapat kekal bergerak dalam satu entiti yang kukuh, kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. 

Kalau ada tuduhan mengatakan wujud pakatan antara beliau dan dua lagi naib presiden iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk mengekalkan jawatan itu, ia perlu dilihat dari segi keserasian.

"Kita bergerak dalam satu entiti yang kukuh, kalau itu dikatakan pakatan ia tidak dapat dinafikan kerana kita mempunyai keserasian dalam menempuh pelbagai cabaran," katanya.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan berkata, pengalamannya bersama-sama dua naib presiden sedia ada cukup banyak dan mereka sentiasa bekerjasama. 

Ahmad Zahid juga menafikan dakwaan wujud desakan terhadap perwakilan untuk mengekalkan tiga naib presiden sedia ada, pada pemilihan parti 19 Oktober ini. 

Ahmad Zahid, Hishammuddin dan Shafie dicabar tiga individu iaitu Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Samad. 

Hishammuddin berkata pindaan perlembagaan parti pada 2009 berpaksikan prinsip demokrasi dan transformasi parti sekali gus memastikan kepimpinan parti ditentukan 146,500 perwakilan pada pemilihan kali ini. - Nadi Rakyat

Tiada ulasan: