Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 17 Oktober 2013

TERKINI Wanita Malaysia disahkan maut dalam nahas pesawat di Laos

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman hari ini mengesahkan seorang wanita Malaysia, Angelin Teh, terbunuh dalam nahas pesawat di Pakse, sebuah bandar di selatan Laos, pada Rabu.
Beliau berkata, Teh dan suaminya Joel Babcock, warganegara Amerika, dalam perjalanan dari ibu negara Laos, Vientiane, ke Pakse apabila pesawat berkenaan terhempas ke dalam Sungai Mekong dalam cuaca buruk.
"Pihak berkuasa Laos sedang meneruskan usaha mencari mayat mangsa nahas itu,” katanya dalam kenyataan di sini.
Anifah berkata, keluarga Teh telah dimaklumkan tentang perkara itu dan sedang membuat persiapan untuk terbang ke Laos dengan bantuan Kementerian Luar dan kedutaan Malaysia di negara itu.
"Bagi pihak Kerajaan Malaysia, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Angelin Teh dan keluarga lain yang terlibat dalam nahas itu. Semoga mereka diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi saat-saat yang memilukan ini,” katanya.
Sementara itu, agensi berita AP melaporkan nahas berkenaan melibatkan 49 orang dari 11 negara.

PAKSE (Laos): Seorang rakyat Malaysia antara 49 orang dikhuatiri maut apabila pesawat terhempas dekat Pakse, Laos, semalam.

Penerbangan QV301 dalam perjalanan dari Vientiane ke Pakse di selatan Laos membawa 44 penumpang dan lima anak kapal, menurut Kementerian Kerja Awam dan Pengangkutan Laos.
Pesawat itu tehempas akibat cuaca buruk kira-kira lapan kilometer dari lapangan terbang Pakse.

Menurut senarai penumpang penerbangan, mangsa terdiri daripada 17 warga Lais, tujuh perancis, lima Australia, Lima Thai, tiga Korea, dua Vietnam dan seorang masing-masing dari Kanada, China, Malausia, Taiwan dan Amerika Syarikat.
Pasukan penyelamat dihantar ke lokasi kejadian tetapi tidak menjangka dapat menemui mangsa yang terselamat. - AP

Tiada ulasan: