Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 22 Oktober 2013

TERENGGANU MULA BERSIAP SEDIA HADAPI KEMUNGKINAN BANJIR

MARANG - Terengganu menwujudkan 118 pangkalan hadapan di seluruh negeri bagi menempatkan bekalan makanan dan keperluan asas di tempat-tempat strategik bagi membolehkan mangsa di kawasan bencana menerima bantuan dengan segera.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, tiga pangkalan hadapan itu di tempatkan di Kuala Terengganu, Kemaman (17), Dungun (11), Besut (23), Hulu Terengganu (33), Marang (16) dan Setiu (15).
"Kami telah membuat persiapan bagi menghadapi musim tengkujuh dan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah bermesyuarat semalam bagi mengetahui persediaan semua jabatan dan agensi terlibat," katanya.
Bercakap kepada pemberita pada majlis penyampaian hadiah pertandingan
kebersihan dan keindahan kampung peringkat negeri di sini, Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menggesa semua pihak memperkemaskan jentera masing-masing.
Katanya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu turut mengenal pasti 198 kawasan yang sering dilanda banjir di seluruh negeri iaitu 30 di Besut, Setiu (21), Kuala Terengganu (17), Marang (27), Hulu Terengganu (29), Dungun (32) dan Kemaman (42).

Tiada ulasan: