Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 20 Oktober 2013

Mukhriz 'kalah dalam kemenangan'anda bagaimana ?

Kalah menang adat bertanding dan terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka serta berlapang dada,kalah sekali bukan bererti kalah buat selamanya dan jadikanlah setiap kegagalan sebagai satu azimat untuk memperkuatkan lagi keazaman untuk pemilihan akan datang dan janganlah akibat kekalahan seseorang individu hinggakan kita berantakan sesama sendiri.

Semua orang layak menyokong calon yang mereka rasa layak untuk disokong termasuklah admin dan beberapa rakan rakan lain dan kami ada menyenaraikan beberapa pemimpin yang kami rasa patut kita undi

Namun yang paling menyedihkan tak sangka timbul iri hati sesama rakan seperjuangan yang senang senang menabur tohmahan kononnya dibayarlah dan sebagainya walhal ingat agenda perjuangan Brotherhood serta sumpah setia bagi mempertahankan perjuangan agama bangsa dan negara jadi buang lah perasangka buruk akibat tidak dapat menerima kekalahan calon yang kita sokong

Pesanan ikhlas ini buat seseorang yang admin rasa pun ada jasa pada umno tapi akibat kekalahan idolanya sanggup memfitnah sesama sendiri tapi yang beliau lupa yang orang susah macam admin ni ker yang dituduh menerima duit dari senarai yg admin sokong alahai...admin ni kalunak mintak duit tak lah sampai sekarang pakai moto kriss100 sahaja kereta ada proton saga tahun 1981 rotax mati body berlubang tayar bocor enjin dah tak boleh pakai,jadi orang macam amin ni ker nak difitnah huuhuuu


Pesanan admin pada rakan rakan seperjuangan jadikanlah perjuangan kita demi masa depan anak cucu kita bukan perjuangan yang mementingkan diri serta kalau buat sesuatu jangan taruk istilah duit didepan ika duit didepan maka itulah jadinya bila calon kita bawa kalah maka kita akan menuduh pihak lain dengan andaian yang kia teka teka sahaja.

PUTRAJAYA - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini  menyifatkan kekalahan Datuk Mukhriz Mahathir dalam pertandingan merebut jawatan naib presiden Umno

sebagai 'kalah dalam kemenangan'.

Menurut Muhyiddin, kemasukan Mukhriz ke gelanggang jawatan nombor dua penting dalam parti itu menunjukkan persaingan yang sengit walaupun kalah merebut jawatan tersebut.

"Walaupun tewas Datuk Mukhriz Mahathir mendapat sokongan yang banyak.

"Beliau hanya ketinggalan sedikit undi daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein," katanya pada sidang media di Hotel IOI, di sini, sebentar tadi.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan Mukhriz dapat meneruskan perjuangan dalam Umno walaupun kecundang dalam merebut jawatan yang ditandinginya.

"Janganlah rasa tawar hati, saya dulu mula-mula bertanding naib presiden pun kalah juga.

"Yang penting kita terus berusaha, jangan mudah mengalah," katanya.

Mengulas sama ada kekalahan Mukhriz ini bakal menjejaskan BN di PRK Dun Sungai Limau, Muhyiddin berkata, "ianya sama sekali tidak akan menjejaskan BN dalam PRK Dun tersebut.

"Kita sudah bersedia, kita sudah gerakkan jentera kita untuk pastikan Dun tersebut menjadi milik kita," ujar beliau.
Catat Ulasan