Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 22 Oktober 2013

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek Jawab Fitnah Isu kenaikan 10 pratus harga rumah

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) tidak pernah membuat kenyataan untuk menaikkan harga rumah sehingga 10 peratus, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek:
  • Dalam perjumpaan dengan pihak Rehda, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah diberikan bukti bahawa Rehda tidak mengeluarkan kenyataan itu malah memberi jaminan mereka tidak terlibat dalam apa-apa kartel dan akan sentiasa mematuhi undang-undang berkaitan.
  • MyCC telah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan Rehda dan pihak-pihak lain yang berkenaan untuk mengenal pasti sama ada terdapat elemen antipersaingan.
  • Jika pihak MyCC dapat mengesan sebarang amalan pakatan sulit di antara pemaju-pemaju perumahan dalam menaikkan harga rumah, tindakan undang-undang yang tegas di bawah Akta Persaingan 2010 akan diambil segera kerana ia melibatkan kepentingan rakyat," katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) di Dewan Rakyat di sini hari ini. 

Tiada ulasan: