Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 6 Oktober 2013

MALAYSIA KINI HENTAM KHAIRY JAMALUDDIN GARA GARA SYED ROSLI TAK TAU CERITA SEBENAR !!!

Pihak pencabar KJ kini sedang berusaha untuk mendapat kemenangan PERCUMA dengan mengharapkan KJ tidak dapat bertanding diatas kesilapan taknikal!

Seperti yang saya selalu sebut bertandinglah dengan semagat sepasukan dengan cara yang baik jangan cuba fitnah sesama ahli kita ibarat isi dan kulit,Pendekar bukan menyerang Pihak Lawan KJ cuma terpanggil mempertahankan Kj sebab Pendekar rasa KJ dipihak yang benar

Pssst... nak tanya sikit Syed Rosli boleh tak,apa perasaan anda bila penyagak buat cerita fitnah tentang KJ dalam gambar Artikel diatas,cuma ini satu pesan Pendekar cuba minta penjelasan dari KJ sebelum buat sesuatu serangan peribadi kerana kita dalam satu pasukan,jangan kerana ketamakan kita hingga merugikan Parti yang berjuang demi Agama Bangsa dan Negara kita mohon renung renungkan
KJ nafi guna jentera kementerian

KUALA TERENGGANU - Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hari ini menyangkal tuduhan pencabarnya Syed Rosli Syed Harman Jamallulail yang mendakwa beliau menyalahgunakan jentera Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk berkempen bagi pemilihan Umno.

Beliau berkata tuduhan itu menunjukkan Syed Rosli tidak faham bahawa Pemuda Umno dan belia tidak boleh berpisah kerana ramai di kalangan anggota-anggota persatuan belia juga adalah anggota Pemuda Umno.

"Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya adakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin belia. Mereka ini juga kebanyakannya anggota Pemuda Umno yang menjadi perwakilan.

"Tuduhan ini tidak betul kerana saya berjumpa dengan pemimpin belia yang kebetulannya anggota Pemuda Umno (perwakilan) dan berjumpa untuk berbincang isu semasa yang kebetulannya sekarang adalah mengenai perwakilan....jadi ada juga saya terangkan mengenai beberapa perkara mengenai pemilihan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tuduhan Syed Rosli yang mengadakan sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Khairy berkata Syed Rosli sepatutnya menggunakan bahan lain untuk berkempen seperti kebaikan dan rekod kepimpinan yang pernah beliau lakukan tanpa perlu memburukkan calon lain.

Mengulas mengenai 75 calon yang menawar diri sebagai Exco Pemuda Umno, Khairy berkata ia bukti parti itu masih relevan dalam membawa aspirasi kerajaan kepada rakyat.

"Apa pun, saya mahu perwakilan memilih calon yang terbaik, yang sedia berkhidmat sepanjang masa, bukan hanya ketika kempen pemilihan parti sahaja," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: