Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 22 Oktober 2013

LIMA NGO DESAK PIHAK BERKUASA AMBIL TINDAKAN SEGERA TERHADAP SARAVANAN

Lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang cuba menyentuh sensitiviti agama dengan mempertikaikan penyembelihan lembu untuk ibadah korban baru-baru ini dan atas kesdaran ini hari ini NGO tersebut telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.
Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Abdul Rani Kulup Abdullah yang mewakili empat NGO lain menyifatkan tindakan individu berkenaan sebagai satu tindakan biadab dan tidak menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Beliau yang mewakili 
  • Sekretariat NGO Gabungan Negeri Selangor
  •  Pertubuhan Gerakan Bersatu 69
  • Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM)
  • Ikatan Perpaduan Melayu Gombak,

Setiausaha Agung IRIMM Kebangsaan, Zainol Abidin Ahmad pula menasihati individu berkenaan supaya menghentikan perbuatannya itu kerana dikhuatiri boleh mencetuskan konflik antara kaum.
Sebelum ini, tersebar di laman media sosial rakaman panggilan telefon antara seorang lelaki dengan pengurusan Sekolah Kebangsaan Puchong Jaya (SKPJ) selepas sekolah berkenaan menjalankan ibadah korban di sekolah tersebut.
Lelaki yang mendakwa membuat panggilan dari luar negara itu menuduh pihak sekolah tidak menjaga sentimen penganut agama Hindu apabila melaksanakan majlis korban.
Bagi menjawab soalan Saravanan boleh atau tidak lembu korban di sekolah,jawapan dia adalah boleh.Korban adalah upacara Islam dan wajib diajar di sekolah.Tak langgar undang-undang dan Perlembagaan,surat pekeliling pun dah ada.di bawah,surat yang menerangkan boleh ajar korban,itu dari Kementerian Pelajaran.Yang salah adalah anda wahai saravanan sebab bagi orang Islam dan orang Hindu gaduh.Boleh kena tangkap akta hasutan si saravan ni.anda tak percaya surat pekeliling tu ada semua ni ??? lihat gambar di bawah




Tiada ulasan: