Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 9 Oktober 2013

KOLAM KUMBAHAN JADI TEMPAT PEMBIAKAN SPESIS BIAWAK !!! MANA ORANG ORANG PR YANG KATA PRIHATIN MASAALAH RAKYAT ??

DI DAERAH SABAK BERNAM  SIAPA YANG TAK KENAL DENGAN KEPRIHATINAN YB BUDIMAN
DALAM era mencapai globalisasi dan menuju negara maju 2020, rakyat Malaysia masih lagi berada dalam tahap yang boleh dikira tidak terurus. Kolam kumbahan yang sepatutnya diuruskan oleh Indah Water Konsortium kini sudah menjadi kolam dipenuhi lalang dan tambah memeranjatkan menjadi habitat kekal biawak serta binatang berbisa lain jika tidak diuruskan dengan segera.

Kolam kumbahan di Taman Perdana Sungai Besar dikatakan telah bertahun dibiarkan begitu sahaja sehinggakan lalang dan segala rumput rampai memenuhi segenap ruang kolam takungan tersebut. Jika dahulu kawasan ini boleh dijadikan kawasan riadah dengan pelbagai aktiviti boleh dilakukan namun semua itu hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

YB Budiman Zohdi, ADUN Sungai Panjang sempat melawat kawasan terbabit selepas mendapat aduan dari wakil penduduk Taman Perdana, Wak Jamali. Aduan juga dikatakan telah dibuat sejak beberapa tahun lepas sama ada kepada Majlis Daerah Sabak Bernam mahupun Pengurusan IWK namun sehingga kini tiada tindakan lanjut.

YB Budiman yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar ini akan berjumpa dengan pihak pengurusan IWK bagi menyelesaikan masalah ini supaya tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Majlis Daerah Sabak Bernam juga telah dimaklumkan tentang perkara ini.

BACAAN SELANJUTNYA DISINI

Tiada ulasan: