Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 4 Oktober 2013

KEHILANGAN ASET PDRM SEBAB CUAI, BUKAN SELEWENG - AHMAD ZAHID

Kuala Lumpur, 4 Okt - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan tiada unsur penyelewengan atau rasuah dalam kes kehilangan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk senjata api.

Sebaliknya kata beliau, kes berpunca daripada kecuaian dan kelemahan segelintir pegawai serta anggota ketika menjalankan tugas selain kelemahan prosedur operasi standard (SOP).

"Saya telah maklum kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar), kita hendak perkemas semula SOP terhadap penjagaan senjata api untuk elak sebarang kecuaian selepas ini. Saya mahu selepas ini apabila laporan audit negara dikeluarkan tiada lagi kehilangan aset PDRM dilaporkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang antara lain menyatakan PDRM kehilangan 309 aset bernilai RM1.33 juta dalam tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2012. Aset terbabit termasuk 44 senjata api, gari (156 unit) dan kenderaan (29 unit).

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata tindakan tatatertib dan surcaj akan dikenakan kepada pegawai dan anggota yang didapati bersalah terhadap kehilangan senjata api di bawah selian mereka.

Kehilangan senjata api ketika menjalankan tugas sama sekali tidak boleh diterima kerana PDRM badan yang berintegriti dan disanjung tinggi oleh masyarakat, katanya.

Beliau sebelum itu melancarkan al-Quran Tafsir Ar-Rahman di ibu pejabat Percetakan Nasional Malaysia Berhad di sini.

Turut hadir ialah Timbalannya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Abd Rahim Mohd Radzi. - BERNAMA


Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan orang yang kafir, setengahnya menjadi pembela (penolong) bagi setengahnya yang lain. Jika kamu tidak menjalankan (dasar bantu membantu), nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar." (maksud ayat 73 surah Al-Anfal)

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=rakUVZBEahM

https://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=X6xnTD5Yb3Y

dan jangan lupa baca disini pula untuk mengetahui agenda mereka !!!!!
http://pendekarmelayu-pejuangbangsa.blogspot.com/2013/04/agenda-sebenar-dap-didedah.html#.Uk1tnCTxopg

Tiada ulasan: