Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Khamis, 17 Oktober 2013

Alhamdulilah 3 kanak2 yang hilang di dalam Hutan Ditemui selepas 26 jam

BALING: Misteri kehilangan empat kanak-kanak termasuk dua beradik apabila mengikuti seorang lelaki yang mendakwa mahu menjerat beruk dalam Hutan Simpan Gunung Inas, Lata Sedim, di sini, berakhir apabila ditemui dalam keletihan, kira-kira 7 petang tadi.

Kesemua mereka ditemui kira-kira 26 jam kemudian di satu lokasi dalam hutan simpan berkenaan.
 Bagaimanapun, kelibat lelaki berusia 38 tahun yang membawa empat kanak-kanak itu gagal dikesan.

Empat kanak-kanak itu ialah Mohd Hafiz Redzuan, 14, murid Pendidikan Khas Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Lindungan Raja, Sedim; Ainaanadia Mat Dahari, 13, pelajar Sekolah Menengah Labu Besar; adiknya Ahmad Mohamad, 11, dan Rohaizat Jamaluddin, 10, yang juga belajar di SK Seri Lindungan Raja, Sedim.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang semalam, selepas keempat-empat mereka menjamu selera di rumah lelaki berkenaan yang menemui kanak-kanak itu sedang bersiar di kawasan kampung terbabit pada petang Aidiladha.

Penolong Kanan Penguasa Jabatan Bomba dan Penyelamat Unit Pasukan Khas Storm Alor Setar Mohd Ridzuan Nut Jamudin, berkata semua kanak-kanak terbabit ditemui kira-kira 800 meter dari Pusat Kawalan Operasi yang dibuka di kawasan itu dalam keadaan lemah dan keletihan.
harian metro

Tiada ulasan: