Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 15 September 2013

RESPON TERKINI NIK AZIZ NIK MAT: TAK DAPAT TERIMA KENYATAAN BAHAWA AHLI PAS MENOLAK TAHALUF SIASI BERSAMA PAKATAN YANG MERUGIKAN !!!

Seperti yang dijangkakan serta kita duga bahawa Nik Aziz akan mengeluarkan kenyataan seperti dibawah akibat dendam lamanya terhadap Umno maka Beliau menolak mentah mentah kenyataan yang dikeluarkan oleh Harun Taib serta Ketua Pemuda PAS.
INI JELAS MENGUNTUNGKAN DAP DAN MERUGIKAN ISLAM!!!!
INI JELAS MENGUNTUNGKAN DAP DAN MERUGIKAN ISLAM!!!!

Bagi rakan rakan yang baru nak mengenal Politik tu terutama remaja Pendekar benar benar berharap jangan lah terpedaya dengan permainan Politik Pas ini kerana Fakta jelas menunjukkan Tahaluf siasi bersama pakatan memang jelas bertentangan dengan Islam kerana Pas jelas merugikan Islam dengan tuntutan melampau Dap khususnya,dan kesalahan terbesar Pakatan Pembangkang adalah dengan gagal menyatakan pendirian terhadap tuntutan Lim Guang Eng berhubung isu penggunaan Kalimah ''ALLAH'' ini terbukti dengan fakta 
disini.
INI JELAS MENGUNTUNGKAN DAP DAN MERUGIKAN ISLAM!!!!
UNTUK MELIHAT FAKTA FAKTA JELAS BAHAWASANYA TAHALUF SIASI PAS ADAKAH BENAR BENAR MEROSAKKAN ISLAM ITU SENDIRI SILA KLICK DISINI 

KALAU ANDA SAYANG ISLAM DGR VIDEO NI SAMPAI HABIS

KENYATAAN NIK AZIZ HARI INI YANG PALING MENGEJUTKAN DIA MENYOKONG WANG ZAKAT DIBERI KEPADA KAFIR !!!!!  ??

Saya membaca muka hadapan Sinar Harian hari ini 15 September 2013 yang memuatkan tajuk besar PAKATAN RUGIKAN PAS? dengan memetik ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib yang dikatakan meminta Majlis Syura Ulama mengkaji semula Tahaluf Siyasi (Persefahaman Politik) dalam Pakatan Rakyat.

Saya tidak menghadiri Multaqa Ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut semalam sekalipun saya benar-benar berhasrat untuk hadir. Keuzuran dan situasi kesihatan menghalang saya untuk hadir ke program yang saya sifatkan sangat bermakna itu. 

Justeru, saya tidak mendengar sendiri ucapan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat seperti yang dilaporkan oleh akhbar. 

Berkemungkinan ia hanya ulasan akhbar dan bukannya ucapan sebenar beliau ataupun sememangnya dipetik dari ucapan beliau, wallahulam.

Walau bagaimanapun, suka untuk saya memberikan respon terhadap tajuk yang digunakan di muka hadapan Sinar Harian iaitu PAKATAN RUGIKAN PAS? Perlu dijelaskan bahawa penyertaaan PAS melalui Tahaluf Siyasi di dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu sahaja. Ia diputuskan oleh keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihanraya umum 2008.

Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada non Muslim dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO. UMNO bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka.

(KENYATAAN YANG BERSIFAT DENDAM SEPERTI KITA SEDIA MAKLUM MALAYSIA DIAKUI DUNIA YANG DISANJUNG KERANA RAKYATNYA BERSATU HATI DAN TIADA PERSENGKETAAN ANTARA KAUM SELAMA INI)

Senjata UMNO ialah perkauman, lambang UMNO ialah keris tidak bersarung, politik UMNO ialah politik samseng jalanan, sampai bila-bila non Muslim tidak akan melihat keindahan Islam melalui cermin mata politik UMNO yang penuh dengan habuk kebangsaan.

(SEKARANG INI SIAPA YANG SAMSENG JALANAN BUKANKAH PR YG SERING TURUN KEJALANAN MEMUKOL POLIS ,INI SEMUA ORANG TAHU JELAS NYATA DAN TERANG)

Di dalam Pakatan Rakyat, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS tidak pernah ditentang. Pemimpin-pemimpin DAP khususnya seringkali datang ke pejabat saya berbincang sentiasa tentang nilai-nilai Islam.

(SATU LAGI PENIPUAN YANG TERANG NYATA UMUM MENGETAHUI YANG PERKARA MELIBATKAN KEPENTINGANISLAMSERING DITENTANG DAP,DAN AKHIRNYA PASTI PAS YANG KECUNDANG ANTARANYA HUDUD,NEGARA ISLAM DAN ISU TUNTUTAN KALIMAH ''ALLAH YANG DISUARAKAN GUANG ENG)


Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin UMNO sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini.

(PENIPUAN YANG JELAS NYATA DAN TERANG INI TERBUKTI APABILA PANGGUNG WAYANG DI KUALA SELANGOR YG MEMBUAT PENGASINGAN BAGI PASANGAN BUKAN MUHRIM YANG SUDAH DILAKSANAKAN BEBERAPA HARI AKHIRNYA RONNIE LIU SURUH MANSUHKAN KERANA MERUGIKAN PANGGUNG,AKHIRNYA MDKS AKUR SEDANGKAN PENGASINGAN HANYA UNTUK GOLONGAN MUSLIM DAN TIADA KENA MENGENA DENGAN KAUM BUKAN ISLAM)

PAS wajib melangkah ke hadapan. Pengalaman sebagai gerakan Islam yang telah berusia lebih setengah abad wajar mengajar PAS bahawa untuk terus relevan di pentas politik negara, PAS wajib memahami suasana politik.

(MASIH BERLAGAK ANGKUH KONONNYA PARTI ISLAM SEDANGKAN PADA HAKIKATNYA PERJUANGAN PAS BERTUNJANGKAN KUASA DAP DAN PKR SAHAJA INI TERBUKTI WALAUPUN MNG LEBIH SATU KERUSI SANGGUP DISERAHKAN PADA PKR YG UMUM MENGETAHUI PKR ADALAH GOLONGAN YG JELAS MEMBINA BERULUJ KALI GANDA RUMAH URUT SUNDAL DI SELANGOR)
Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia.

(PERSOALAN YANG TIMBUL APA SUMBANGAN PAS PADA ISLAM???BAGI PANDANGAN PENDEKAR NAMPAK MACAM TAK LEBIH TAK KURANG PEMECAH PERPADUAN UMMAH SAHAJA HINGGA MELAHIRKAN PENYOKONG TAKSUB POLITIK DAN LANGSUNG TIDAK BERCIRIKANISLAM,BUKTINYA SERING PENDEKAR DIMAKI HAMUN APABILA MEREKA BERHUJAH,DAN YANG PALING UTAMA MEREKA BERHUJAH TANPA FAKTA !!!!)

Saya mendegar pengalaman Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang baru pulang dari lawatan kerja di Johannesburg, Afrika Selatan. Katanya di sana zakat turut diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam. 

Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat. Sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang non muslim yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur.

(HAAAHAAAA ZAKAT NAK DIBERI KAFIR ????)

Ini sebagai contoh bagaimana ada aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar. Inilah yang perlu dibaiki dan PAS wajib memainkan peranan. 

Saya yakin, jika Islam difahami dengan baik tanpa gangguan daripada pihak-pihak yang berkepentingan, ia akan diterima dengan mudah tanpa sebarang syak wasangka oleh rakan-rakan daripada non Muslim.

Di sinilah letaknya misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat. Benar, kita ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya, tetapi juga perlu diingat PAS sebagai gerakan Islam juga memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik. Justeru, keberadaan PAS di dalam Pakatan Rakyat sekali-kali bukan merupakan langkah yang silap, bahkan ia merupakan langkah yang sangat tepat dengan realiti politik negara.

(AKHIR KATA JIKA KITA RENUNG KENAPA ORANG MELAYU ISLAM TIDAK MENYOKONG PAS?WALHAL KITA WAJIB MENYOKONG PARTI YANG BERCIRIKAN ISLAM,TAK LAIN TAK BUKAN PAS BUKANLAH SATU PARTI YANG BERLANDASKAN ISLAM DAN JIKA PEMBAWAANNYA BENAR BERLANDASKAN ISLAM BUKAN ORANG LAIN SAYA MALAH SEMUA ORANG ISLAM AKAN MENYOKONG PAS.)

Tahniah kepada para ulama yang bermultaqa semalam. Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam.

(BERANGAN KONONNYA PAS SAHAJA BERLANDASKAN ISLAM TIDAK LAIN DAN TIDK BUKAN RIAK DAN TAKBUR DAN TIDAK PERNAH NAK MENGAKUI KESILAPANNYA ADALAH SATU YANG MERUGIKAN PAS SENDIRI) 

Berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika mahu dikaji, silakan. Tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang. Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada UMNO yang sedang kelemasan.
Sekian.

(SAYANGNYA NIK AZIZ KEPADA DAP YANG MERUGIKAN ISLAM !!!FIKIR FIKIRKAN DAN RENUNG RENUNGKAN SAHABAT SAHABAT SEAGAMAKU ,GUNAKANLAH AKAL SECANTIK MINDA,AL QURAN DAN HADIS JADIKAN PEDOMAN SEMOGA CAHAYA KEBENARAN TERSERLAH JUA MUDAH MUDAHAN KITA UMAT ISLAM BERSATU MENENTANG PENIPUAN KAUM KAFIR YANG CUBA MERUGIKAN UMAT ISLAM)

Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS.
Bertarikh : 9 Zulkaedah 1434H bersamaan 15 September 2013M

Tiada ulasan: