Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Jumaat, 13 September 2013

Perbicaraan Kes Hasutan enam aktivis akan di buat secara berasingan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini memutuskan perbicaraan enam aktivis pro pembangkang termasuk Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua, yang didakwa memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 13 Mei lepas, dibuat secara berasingan.
Hakim Norsharidah Awang dalam penghakimannya berkata keputusan itu dibuat adalah untuk keadilan supaya tidak memprejudiskan semua tertuduh memandangkan masa dan teks ucapan setiap mereka adalah berbeza.
"Dengan membicarakan enam kes ini secara berasingan juga akan memudahkan mahkamah mengendalikan kes serta boleh mengelakkan berlaku penangguhan prosiding apabila ia mula dibicarakan nanti," katanya.
Selain Tian Chua atau Chua Tian Chiang, 50, turut didakwa ialah aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd Halim, 24; aktivis Hishamuddin Md Rais, 62; ahli PAS, Mohd Tamrin Abdul Ghafar, 63; peguam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, 54, dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Muhammad Safwan Awang @ Talib, 24.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 19 Sept ini bagi pengurusan kes Tian Chua dan perbicaraan selama tiga hari bermula 27 Nov ini untuk Adam Adli.my metro

Tiada ulasan: