Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Selasa, 3 September 2013

PELAJAR YANG BUANG BAYI DI LOJI KUMBAHAN UITM DI KESAN


Sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga dan tak payah lah buat kerja yang merepek ni lagi yer adik banyak benar kesalahan yang adik lakukan ini dan yang paling teruk sanggup membuang bayi yang tidak berdosa,bertaubatlah dik 
Polis Terengganu berjaya mengesan suspek utama yang terlibat kes pembuangan mayat bayi yang ditemui di dalam loji kumbahan di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, hasil pemeriksaan di asrama milik seorang pelajar perempuan awal pagi tadi pihak universiti menemui kesan darah dan tidak menolak kemungkinan ia milik pelajar berkenaan.
"Pelajar yang berusia 19 tahun itu kini dihantar ke Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut, kita juga sedang melihat aspek kesihatan, psikologi dan sampel darah pelajar berkenaan.
"Pelajar yang berasal dari Selangor itu masih menerima rawatan dan pihaknya akan menahan pelajar terbabit sebaik rawatan selesai,
Catat Ulasan