Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Ahad, 15 September 2013

PANAS TELINGA ANWAR BILA KP PAS NASARUDIN HASAN MENYOKONG HARAMKAN TERUS TAHALUF SIASI BERSAMA PAKATAN JIKA MEMUDARATKAN AKIBAT KEHILANGAN UNDI MELAYU TERHADAP PAS

SETELAH Harun Taib meminta tahaluf siasi bersama PKR di kaji semula akibat merugikan Parti hari ini giliran Nasarudin pula menyatakan akan mengkaji perkara tersebut setelah mereka baru tersedar dari mimpi indah bersekongkol bersama PKR dan DAP untuk merampas Putra Jaya.

Menurut Nasarudin ''lima tahun kita bertahaluf siasi sementara tahaluf itu juga adalah ijtihad para alim ulamak kita dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang antara yang awal membentangkan kertas kerja tahaluf siasi jauh lebih awal daripada itu.

Maka saya lihat cadangan supaya ianya dikaji semula adalah suatu yang wajar.

Kajian semula adalah wajar untuk melihat :

a] apakah tahaluf siasi yg berjalan selama ini menepati syarat-syarat tahaluf siasi yang dikehendaki oleh Islam

b] apakah tahaluf siasi yang disertai selama ini memberi keuntungan kepada perjuangan Islam atau memberi kesan buruk kepada perjuangan Islam.

c] apakah tahaluf siasi yang dilaksanakan selama ini banyak memberi kebaikan kepada Pas atau banyak memberi keburukan kepada.

Andai hasil kajian itu memberi jawapan bahawa tahaluf siasi yang dilaksanakan selama ini menepati syarat yang ditetapkan oleh syara' dan memberi kebaikan kepada perjuangan Islam maka ia wajib diteruskan berdasarkan persefahaman yang telah dimeterai sesama anggota parti yang bertahaluf.

Namun jika hasil kajian itu didapati tahaluf siasi yang telah berlangsung empat tahun lepas tidak menepati syarat yang telah digariskan oleh para alim ulama Islam yang muktabar, pula mendatangkan keburukan atau kemudaratan buat perjuangan Islam yang didokong oleh Pas maka haram tahaluf itu diteruskan.

Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda Pas

Tiada ulasan: