Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Rabu, 11 September 2013

MAHKAMAH TOLAK BANTAHAN AWAL PAKCIK 41 TAHUN YANG BAKAR BENDERA UMNO

umur dah lanjut tapi perangai macam budak budak !!!ini kah perangai pentaksub Pas ???
ALOR SETAR - Mahkamah Majistret di sini hari ini menolak bantahan awal seorang ahli perniagaan berusia 41 tahun berhubung tuduhan melakukan khianat dengan api sehingga menyebabkan kebakaran terhadap sebatang bendera parti UMNO pada April lalu.
Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh membuat keputusan itu selepas mendapati pertuduhan terhadap Mazlan Khamis dari Taman Bandar Baru, Pokok Sena di sini itu adalah sah dan sampai maksudnya kepada tertuduh.
Sehubungan itu, kes tersebut yang kini dalam peringkat perbicaraan diteruskan.
Admin cukup merasa kesal dengan kejadian membakar bendera ini kerana bukan cara atau etika sebagai umat Islam
Catat Ulasan