Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : Koboimacho@gmail.com"

NUFFNANG

TRANSLATE

Isnin, 2 September 2013

Kerajaan Gesa Batalkan konsert Lamb of God pada 28 September ini

Admin amat menyokong tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera membatalkan konsert kumpulan heavy metal Lamb of God yang dijadual membuat persembahan di Kuala Lumpur pada 28 September ini

Harapan kita tak lain tak bukan tindakan tegas akan di ambil oleh pihak berwajib agar dapat memastikan agar kongsert tersebut tidak akan berjalan seperti yg dirancang pihak yang tidak bertanggung jawab yang cuba menganjurkan konsert berkenaan
Menurut menteri seperti yang admin petik dari sumber sebuah media berkata, tindakan itu perlu kerana banyak pihak bimbang terhadap kemungkinan merebaknya masalah moral dan keruntuhan akhlak khususnya dalam kalangan remaja berdasarkan latar belakang dan genre muzik yang dibawa oleh kumpulan terbabit.
"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengeluarkan kenyataan membantah kemasukan kumpulan tersebut.
"Kita bersetuju dengan kenyataan itu agar pihak berwajib menimbangkannya kerana perkara seumpama itu perlu kita elak daripada dibawa masuk ke dalam masyarakat,
Dan konsert sebegini memang tiada hasilnya pun hanya merosakkan minda dan tiada faedahnya langsung pun dan pengharaman wajib dilakukan terhadap kumpulan kumpulan muzik berbentuk begitu supaya tidak sekali kali dibenarkan melakukan persembahan di Negara kita.

Tiada ulasan: